Tuesday, January 26, 2016

Cerita Diet Adawiah Nik

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya, adawiahnik@blogspot.com.Didoakan anda kaya dan berjaya!!

Kalian doakan saya,Adawiah Nik berjaya kurus dan sihat.Berat badan target adalah 55 kilogram.Tinggi saya hanya 151 cm je. Comei gitu.. Sebab itu tak sesuai berat lebih sangat, nanti jadi olaf.. senang tergolek!

Sebenarnya saya mahu membaiki mutu kesihatan saya, memndangkan sejarah keluarga saya mempunyai penyakit kencing manis dan darah tinggi, juga pelbagai penyakit lain.

Jadi dari kesedaran dari melihat dari keluarga yang sakit dan meninggal dunia kerana sakit bketurunan itu. Saya, merasakan saya tidak mahu menuruskan lagi tradisi tidak sihat ini, saya mahu anak anak dan keluarga saya, mempunyai kehidupan yang lebih sihat!


langkah pertama yang saya perlu ambil adalah memastikan saya mempunya berat badan yang ideal. Dengan berat badan sekarang, sangat berisiko meneruskan penyakit tradisi keluarga itu.Saya tak nak! Tak nak!

Saya perlu kurus!!

Apa yang saya patut buat untuk menurunkan berat badan saya ini?

1. Azam
2. Tekad
3.Pemakanan yang sihat dan seimbang
4.Senaman
5.Supplement yang betul

6. Berjaya kurus.!! InsyaAllah.


1.Azam


Azam saya, saya hendak buang atau kurangkan berat badan saya, sebanyak 15 kilogram .Target 55 kilogram .Berat badan idaman saya adalah 45 kilogram.Kalian doakan saya tau!!
FUH!!! Bismillahirohmanirohim!!


2.Tekad


Jika hanya punyai azam, tetapi tidak mempunyai tekad yang jitu, azam itu akan kita ulangi untuk tahun depan , betul tdak? Allah !! saya dah bersabar selama 10 tahun , membawa berat badan yang macam ini, bantulah saya, untuk tekad dan istiqamah untuk menjadi sihat dah mempunya berat yang benar benar ideal!! Aku hendak sihat Ya Allah!!

3. Pemakanan yang sihat

Bagaimana hendak memilih pemakanan yang sihat? ini diantara yang paling penting untuk diambil kira! Saya ini , tekak melayu, sangat cintakan makan nasi!! kalu boleh 3 kali makan itu, nasi saje pun dah tak pe dah. ok je.. tak rasa bersalah pun. pulak tu, makan dengan banyak nya..

a) Rangka kan untuk mengambil hidangan 5 -7 dengan hidangan yang kecik,  kali sehari,berbanding 3 kali hidangan yang besar!
Tujuan nya untuk mengurangkan nafsu makan dan memberi tenaga berterusan.

b) Jangan sesekali skip hidangan yang sudah di rangka sebelum ini. Jika tidak, metabolisma akan turun dan nafsu akan melonjak naik!

c)Kenalpasti keperluan kalori seharian.Ini pentuing untuk memastikan kuantiti yang kita perlukan dalam sehari.Setiap orang tidak sam ye, umur, jantina gaya hidup dan sebagainya.Seperti saya, ibu menyusu, perlukan lebih kalori berbanding orang normal yang biasa.

d)Kenal pasti nilai kalori yang akan diambil.Contohnya roti canai, berapa nilai kalorinya, dan berapa banyak had yang boleh diambil. Jika sudah ambil, roti canai yang jumlah sekian, berapa lagi nilai kalori yang tinggal untuk diambil, pada hari ini.

e)Elakkan dari kalori dari minuman.Cntoh minuman yang tinggi nilai kalironya, Milo dan 100 plus.Elakkan.

f)Elakkan juga garam dan gula yang berlebihan, kerana ia akan menambah nilai takungan air dan mengetatkan takungan air dalam badan.

g)Elakkan juga pengambilan buah yang berlebihan, kerana buah mempunyai kalori yang boleh menggemukkan!

h)Pastikan pengambilan protein yang mencukupi.Ingat! protein lebih mengeyangkan dari karbohidrat!.Ini yang saya buat buat lupa, kerana saya sukakan nasi dan lauk!! oh tidak, !! Demi azam tahun ini, ku harus tekad!! Nasi ambil ikut keperluan sahaja!! no no tambah ye.. Adawiah Nik!!

i)Supplemen protien pilihan yang terbaik sebagai hidangan .Kerana ianya rendah nilai kalori dan memang sangat diperlukan dalam proses berat badan.Tambahan pula, ia sangat mudah di simpan dan dibawa kemana mana.

j)Dapatkat supplement multivitamin yang baik.Kerana kekurangan nutrisi akan menyebabkan nafsu makan makan bertambah, ingat tu.Pastikan anda mempunyai ilmu dalam memilih multivitamin yang terbaik.Pilihlan dos yang sesuai dengan, jantina , umur dan gaya hidup anda yang unik.


4.Senaman

Kebanykan oarang sangat memilih tidak senaman.Mereka memilih untuk kurus sekelip mata.betul tak? sama macam saya.Tak sabar! Kalau boleh, bangun tidur je, dah kurus mulus, Macam makan panadol, terus baik dan lega.Terus hilang lelemak ber kg kg itu.hohoho.. Rupanya aku mimpi!!

Bagaiman hendak memilih senaman yang sesuai?Jom tengok!

a)senaman tak wajib.ingat itu.tetapi senaman akan membantu mengurangkan badan dengan cepat.

b) Cari senaman yang paling serasi dan yang anda minat dan sesuai dengan gaya hidup anda.

c)Angkat berat, antara yang sesuai.Pastikan mulai dengan berat yang paling rendah dahulu.Ia kan membantu ana untuk kuatkan otot, tulnag dan sendi.Jika anda dah kurus pun, pastikan ianya berterusan kerana ianya sangat bagus untuk tulang dan akan menghasilkan tubuh yang kental!

d)Pentingkan kualiti senaman.Bukan sahaja kuantiti tetapi kualiti senaman itu, apakah ianya benar benar anda untuk tujuan anda itu?.Belajar penyediaan dan pelaksanaan yang betul.

e)Pastikan anda benar benar bakar itu adalh lemak, bukan kalori.Contohnya, jika senaman tetapi, kita minum milo dan sirap, jika cara itu, sebenarnya kita hanya membakar kalori yang kita ambil, dari munuman kita tadi!

f)Adakah senaman perlu hari hari? TIdak, beri peluang tubuh anda berehat. Cukup 3 ,4 kali seminggu.Selang 2, 3 hari.ok lah memadai!

g) Beri perahatian pada senaman kadio dahulu.Perut kempis tetap tidak kelihatan jika badan masih diseliputi lemak.Tumpu pada senaman kardio ye!! contoh! joging, larian dan larian setempat.Mudahkan? ada yang lebih menyeronokkan contoh , berenang dan berbasikal.

h)Sauna dan bilik stim, sangat sesuai dan angat membantu membakar kalori.Ia akan membuang lebihan air dalam badan kita.Tidak salah sesekali mengunjunginya.


5.Suplement

Ini adalah yang paling saya suka.Supplement.Sebab saya tau, suplement yang saya pilih, adalah terbaik.No 1 didunia!! hahahi. saya bukan klaim sembarangan tau!! sebab saya memang pergi belajar.Dan saya tau!!. saya tak ambil sumplement sembarangan tau.sebab saya nak sihat.tak nak sakit kemudian hari.

Suplement yang saya ambil adalah, multi vitamin yang saya ambil adalah vitalea. .Ianya adalah suplement pertama dunia.dah lebih 100 tahun dah .Bahkan nama vitamin bermula dari nya.

kedua, saya ambil lecithin sebagai agen pemecah lemak yang terkumpul.ianhya juga sangt bagu untuk otak, ia akan menghasilkan  yang akan memjadi tempat simpan memori.


ketiga saya ambil juga herbalax, ianya akan membantu mengosongkan usus saya dari berkeladak. Baru mudah proses pembuangan dilakukan!!

InsyaAllah, Mei nanti, Adawiah Nik akan berubah menjadi AdawiahNik yang lebih sihat.Amin!!




Salam Sayang,
Adawiah Nik Supermom
Shaklee dihatiku


 ,Hubungi Saya :

FB Adawiah Nik | 013-3426343 (sms/whatsapp/telegram) | Adawiahnik@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click "google +1" :-)
* COD - Rawang, Selayang,Kuala kubu baru,Gombak, Damansara,Kepong
                 *Pos laju ke SELURUH MALAYSIA
















2 comments:

  1. Kak adawiyah boleh download apps freeletic dkt google play bley ikut exercise tu

    ReplyDelete
  2. Kak adawiyah boleh download apps freeletic dkt google play bley ikut exercise tu

    ReplyDelete