Selamat Datang ,Ahlan Wasahlan!!

Perkongsian tentang diri saya, keluarga , kesihatan dan kecantikan.

.

KULIT LEBIH BERSERI DENGAN SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE

Lebih putih ,Lebih bersih , Lebih halus dan gebu!!

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Cergas Umrah @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Simple Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Best Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, March 30, 2017

Bahaya Jangkitan Kuman GBS. Ibu hamil patut tahu!

Tak pernah langsung saya tahu sebelum ini tentang kuman GBS.Sebelum ini, saya pernah kerja di pusat bersalin swasta , ada terdengar doktor sebut, jika ada keputihan yang banyak, baby yang lahir mungkin akan buta.itu aje dengar nya. Pada fahaman saya, jika keputihan banyak, akan terjadi 1,2 kelahiran antara yang banyak kelahiran akan ada risiko bayi menjadi buta.

Waktu tu punya malas nak bertanya.Hanya dengar dan buat sambil lewa.Kebetulan pada awal tahun hari tu, kawan ada bertanya pada saya, tahu tak tentang kuman GBS ini. katanya ia boleh beri risiko kematian pada bayi saat baru sahaja kelahiran. Time tu, baru saya mencari maklumat dan bertanyakan pada kawan kawan.
Rupanya ada kawan yang pernah mengalaminya.Baca disini.


Apa itu kuman GBS?

Kuman GBS ini adalah singkatan dari GROUP B STREPTOCOCCOS. kuman ini kebiasaanya memilih vagina , rektum dan usus sebagai habitatnya.Kebiasaanya fungus berlebihan (keputihan) dan kegatalan adalah tanda kuman GBS aktif.Namun bukan setiap ibu hamil yang mengalami keputihan,adalah  positif kuman GBS.Jangkitan bakteria atau kuman ini boleh dijangkiti oleh bayi semasa proses kelahiran dan boleh menyebabkan maut .


Bagaimana mengesan kuman GBS ini?

Bagi mengesan kuman GBS ini,Pada usia kandungan 32-35 minggu ibu perlu menjalani ujian SWAB TEST. Doktor akan mengambil sampel cecair di vagina untuk dihantar ke makmal untuk diuji.Ini kerana pembawa kuman GBS tidak menunjukan simpom yang nyata.

Apakah risiko yang mungkin berlaku jika positif kuman GBS ini?
-Jika ibu hamil positif kuman GBS ini,ia di panggil pembawa.Maka, mangsa yang menjadi sasarannya adalah bayi yang dikandung.Jadi ibu hamil perlu tahu apa risiko yang mungkin boleh berlaku:

1. kelahiran pra matang
2.Air ketuban pecah awal.

-Semasa proses kelahiran, adalah masa pemindahan kuman GBS dari vagina ibu /rektum ibu kepada bayi.Pada ketika itu,bayi yang baru lahir (dengan antibodi yang amat rendah,tentu sekali ) baru sahaja lalui kawasan vagina ibu , akan terkena jangkitan kuman GBS ini.


-Inilah proses yang paling ditakuti dan paling kerap berlaku.

-Jika bayi terkena jangkitan ini,20% akan mengalami sepsis pada usia kurang 4 hari dengan kadar kematian yang tinggi.menghasilkan punca kematian seperti pneumonia ,septicaemia dan miningitis.

-Jika bayi yang survive , 50 % akan mengalami kerosakan pada bagahian neorology (otak ),seperti buta dan pekak.


Apakah tindakan sewajarnya yang patut dilakukan jika saya sah pembawa kuman GBS?

-Kebiasaanya selepas ibu membuat swab test , doktor akan berikan surat pengesahan yang menyatakan anda pembawa kuman GBS.Lampirkan sekali bersama dengan buku kehamilan anda untuk memudahkan pihak hospital sebagai rujukan dan membuat tindakan ketika saat proses  kelahiran nanti.

-Sekiranya, doktor tidak memberikan sebarang nota atau surat, sebaiknya anda meminta kepada doktor untuk tujuan keselamatan anda sekiranya berlaku kecemasan.
contohnya:Anda membuat pemeriksaan di hospital swasta yang akan memberikan anda kad dan sedikit nota sahaja.Lain lain maklumat tersimpan di fail peribadi anda di hospital tersebut. Sebaiknya surat pengesahan menyatakan anda pembawa kuman GBS dilampirkan bersama kad kehamilan anda yang boleh anda bawa pulang.Jika berlaku sebarang kecemasan ,anda terpaksa ke hospital lain, anda sudah ada surat pengesahan tersebut.

-Kebiasaanya selepas mendapat keputusan makmal, dan anda telah di sahkan pembawa kuman GBS ini, doktor akan membekalkan anda dengan antibiotik.Ambillah untuk melindungi kuman menjadi semakin ganas.

-Sekiranya telah sampai tempoh kelahiran bayi anda, sebaiknya pergilah ke hospital dengan segera, supaya pihak hospital dapat memberikan rawatan awal untuk anda sebagai pembawa kuman GBS.

- Memperbanyakan doa dan berzikir.Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan.Allah hanya hendak melihat sejauh mana ikhtiar dan tawakal kita.



Apakah yang dapat dilakukan untuk mengurangkan jangkitan GBS semasa proses kelahiran?

Jika sudah maklum, ibu adalah pembawa kuman GBS, doktor akan memberikan antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum proses kelahiran.Tetapi terdapat beberapa risiko lain terhadap ibu dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini.Sebaiknya berbincanglah dengan doktor dan pastinya anda akan mendapat pilihan yang tepat.


Disini saya sertakan :

Tips mengurangkan keputihan yang sedang mengganas.

1.Pastikan seluar dalam sentiasa kering.
2.Lap kering vagina selepas membuang air.
3.Mengelap dari hadapan ke dubur, untuk mengelakkan jangkitan kuman dari dubur.
4.Membuat rendaman air suam , seminggu sekali.Atau 3 hari sekali.
5.Makan bawang putih sebagai antikulat dan antibodi semulajadi.
6.Amalkan memakan yogurt asli untuk menghasilkan lebih banyak bakteria baik, untuk menghapuskan bakteria jahat.


Berikut adalah kumpulan pemakanan tambahan dari shaklee untuk keputihan yang melampau!

1 Vitamin C- Bertindak untuk menguatkan antibodi dalaman dan luaran untuk menentang bakteria jahat.
2.Alfalfa - Terkenal sebagai jamu perapat dan sangat bagus untuk orang yang mengalami keputihan.
3.Garlic- Bertindak sebagai antikulat, antifungus dan menguatkan antibodi.
4.Vivix - Antioksidan yang sangat tinggi untuk melawan serangan radikal bebas ,dan sangat terbaik untuk kanser.


Saya amalkan pil bawang putih Shaklee.Lebih mudah untuk pengendaliannya dan sentiasa bersedia bila diperlukan.



Saya adalah pengedar Shaklee , bagi sesiapa yang ingin  mengurangkan simptom keputihan yang mengganas, dengan produk shaklee.boleh hubungi saya :

FB:Adawiah nik
TEL:0133426343


Penghantaran  untuk seluruh malaysia oleh gdex atau pos laju Malaysia.
Cod Rawang di sekitar Country Homes sahaja.


 Salam Sayang dan jumpa lagi.
Assalamualaikum!!