Monday, January 25, 2016

Helah kalori dalam makanan.



Kalori Tersembunyi: Fakta atau Auta?


1 – Sup

Kepercayaan dulu-dulu: Makanan berasaskan sup ini bagus untuk kesihatan, malah mampu menurunkan berat badan. Alah, nama pun sup, apalah yang ada dalam sesebuah sup?
Fakta: Bukan semua sup mengandungi rendah kalori. Sup berasaskan binatang empat kaki (sup daging, sup kambing, sup ekor) mengandungi kalori yang tinggi daripada lemak tepu binatang. Kalori daripada lemak tepu ini tidak menyihatkan, meskipun kamu berniat untuk menaikkan berat badan.


2 – Burger

Kepercayaan dulu-dulu: Jangan makan nasi, kerana nasi menggemukkan. Beralihlah kepada benda lain untuk makan malam, seperti burger ke. Tak pe, jangan risau, asalkan bukan nasi, awak tak gemuk punya!

Fakta: Tak nak sentuh jauh-jauh, cukuplah fokus kepada daging burger itu sahaja, ok? Sekeping daging burger (lembu) jenama Ramly mengandungi kalori bersih sebanyak 189kcal. Kebanyakan kalori tersembunyi daripada daging burger ini datang daripada lemak tepu (lemak sapi), iaitu kira-kira sebanyak 14g untuk sekeping patty. Kebiasaannya daging burger ini digoreng menggunakan mentega/planta (mentega yang murah juga mengandungi lemak tepu), sekiranya dibeli di luar. Itu belum dicampur dengan mayonis, sos, keju, dan bun burger tu lagi, yang sesetengahnya juga dimasak dan disapu mentega.


3 – Yong Tau Foo

Kepercayaan dulu-dulu: (Sekali lagi) Asalkan awak tak makan nasi untuk makan malam, awak boleh kurus punya. Makan sesuatu yang rebus-rebus seperti Yong Tau Foo ke, dah cukup…
Fakta: Kalori tersembunyi Yong Tau Foo terletak pada kuahnya; tinggi kandungan gula, dan juga mengandungi minyak (namun ini bergantung kepada resepi yang digunakan si penjual). Bayangkan anda menuang sebotol sos cili keatas sehidangan tauhu rebus, rasa-rasanya berani tak nak menghirup kuah Yong Tau Foo tu?  pernah lihat ada individu yang menghirup kuah Yong Tau Foo apabila tauhu-tauhu dan bebola yang lain sudah habis (ini kes Yong Tau Foo kuah banjir).


4 – Twisties (Snek ringan)
Kepercayaan dulu-dulu: Berapa la sangat, setakat satu pek besar Twisties. Dah la tak mengenyangkan, makan sambil tonton TV, sedar-sedar dah habis. Benda kecil je tu. Tak perlu risaulah kawan!
Fakta: Sebungkus pek besar Twisties mengandungi kira-kira 490kcal (suku daripada jumlah kalori purata yang kita perlukan dalam sehari). Dan siapa sangka, separuh daripada nilai kalori tersebut berasal daripada lemak! Oh ya, perumpamaan mudah, disebabkan satu pek besar Twisties mengandungi kira-kira 20g lemak, jumlah tersebut sebenarnya bersamaan dengan kira-kira 2 sudu besar minyak masak. Maka secara teorinya menghabiskan sebungkus besar pek Twisties adalah bersamaan dengan menghirup 2 sudu besar minyak masak. Tak percaya? Terpulanglah.


5 – Capati
Kepercayaan dulu-dulu: Kalau nak sihat ketika makan di kedai mamak, silalah makan capati, kerana capati ni kurang berminyak. Jangan makan roti canai, kerana roti canai banyak minyak. Tak percaya? Tengoklah yang kilau-kilau pada permukaan roti canai tu.


Fakta: Mesti ramai yang tak tahu. Tapi capati sebenarnya adalah ‘pembohongan’ paling berjaya oleh pemilik kedai mamak kepada mereka yang meluahkan kata-kata di atas. Ya, capati sememangnya mengandungi kalori tersembunyi. Sesetengah capati menggunakan minyak sapi (lemak tepu) disamping mentega, dan di situlah terletaknya kalori tersembunyi yang ramai mungkin tidak mengetahuinya. Untuk pengetahuan semua, sekeping capati (100g) mengandungi jumlah kalori yang hampir sama sahaja dengan sekeping roti canai (100g), iaitu 300kcal.

gambaran mudah untuk memahami kalori berbeza setiap hidangan



Nota Kaki: Pendedahan ini tidak bermaksud makanan-makanan di atas tidak boleh dinikmati langsung. Tujuan penulisan ini hanyalah sekadar untuk menyedarkan kita bersama akan ‘helah’ yang terdapat dalam makanan-makanan yang popular di negara kita, agar kita lebih berwaspada dalam memilih makanan, dan juga menentukan berapa banyak dan berapa kerap makanan tersebut harus diambil.


Salam Sayang,
Adawiah Nik 
Shaklee dihatiku,

,Hubungi Saya :

FB Adawiah Nik | 013-3426343 (sms/whatsapp/telegram) | Adawiahnik@gmail.com

* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click "google +1" :-)
* COD - Rawang, Selayang,Kuala kubu baru,Gombak, Damansara,Kepong
                 *Pos laju ke SELURUH MALAYSIA



Anda mungkin juga meminati:

  • KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT 25/8 KENAPA KITA PERLUKAN SUPPLEMENT Selamat pagi semua... sebenarnya dah hampir tengahari dah pun.. didoakan semua, sihat hendakNya.. Hari ni, saya nak berkongsi sedikit , kenapa kita perlukan supplement? … Read More
  • SET CERDAS DAN CERGAS KANAK-KANAK 7/9/14 Sebagai ibu bapa prihatin, pasti kita sangat memilih agar anak anak kita mendapat khasiat makanan sepatutnya, sesuai dengan peringkat umur dan tumbesaran mereka.Lebih lebih lagi setelah mereka bercerai susu badan , 100% nu… Read More
  • ALAMAT HQ SHAKLEE TERBARU 26/8 HQ SHAKLEE BERPINDAH KE SUNWAY PINNACLE Berita terkini untuk semua pencinta suplemen Shaklee, ibu pejabat Shaklee yang sebelum ini terletak di Empire Towel, Subang Jaya telah berpindah ke Pinnacle, Bandar Sunway, Subang Ja… Read More
  • HERBA BLEND ,KRIM AJAIB SHAKLEE 26/8/14 21.58 pm Setelah berkenalan dengan Herbal Blend Multi-purpose Cream daripada Shaklee ni, saya memang jatuh cinta. Memang betul multi-purpose! Memang pelbagai guna. Antara kegunaan Herbal Blend yg ajaib ni? 1. Merawat eczema… Read More
  • RESEPI AISKRIM HOMEMADE PALING BERKHASIAT!! 5/9/14 Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. saya bersiaran dari kampung.. Best dan tenang nya jiwa.. Hari ini saya nak share resepi best dan sedap dan yang paling penting paling berkhasiat!! AIS KRIM HOMEMADE MEALSHAKE!! … Read More

0 comments:

Post a Comment