Friday, June 19, 2015

Masjid Cina (Masjid Muhammadiah, Tasek)

Alhamdulillah.. hari ini, hari ke2 ramadhan,
Didoakan pembaca blog ini mendapat rahmat dan keampunan Allah, Juga beroleh kejayaan dan kekayaan..

Hari ini Adda  nak cerita betapa terujanya bila semalam dapat bertarawikh di Masjid Cina di Ipoh.. Sebenarnya Adda tak tau kewujudan masjid ini.

Kebetulan suami ajak saya temankan untuk bertemu rakannya, secara kasarnya mereka ingin berjumpa di Ipoh.Setelah sampai kami minta peta untuk sampai ke tempat pertemuan.
Ini pintu gerbang masuknya.. Betul2 macam terasa di zaman dinasti dulu.
Terasa Maha Besarnya Maha Maharaja.

Wah!! masjid cina?masing - masing teruja.Mudah saja. search Masjid Cina , Tasek Jaya.. sampailah kita..

Sekali pandang, bangunan ini tidak ubah seperti sebuah istana lama yang banyak terdapat di negara China lantaran tertancap motif Cina pada keseluruhan konsep binaannya.



Namun, selepas menjengah seketika struktur dan reka bentuknya, bangunan tersebut sebenarnya merupakan sebuah masjid baharu dikenali sebagai Masjid Muhammadiah atau kini mula popular dengan gelaran Masjid Cina.
Ini ruangan depan dan imam masjid.uniknya!!
Terletak di Taman Tasek Jaya di sini, masjid ini menjadi tarikan warga Ipoh khususnya,dan masyarakat Malaysia.
Keunikan struktur bangunan ini dapat dilihat melalui keseluruhan binaan termasuk reka bentuk pada bahagian bumbung dan menara yang dihiasi motif Cina, namun disesuaikan dengan budaya tempatan.
Tiang juga dicat dengan warna merah, warna yang sinonim dengan masyarakat cina.

Bumbung dan menara masjid itu menggunakan bunga kebangsaan iaitu bunga raya bagi menggantikan elemen bunga teratai selain gambar naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina.

Jemaah terawikh tekun dengar ceramah.Ini terawikh hari pertama.Sempat ustaz beri ceramah.

Ruangan atas tempat solat muslimah.
Masjid yang menggunakan prinsip geometri itu turut menggunakan mainan warna yang akrab dengan masyarakat Cina iaitu merah, putih dan hijau sebagai latar warna bangunan berkenaan.
Gambar dari luar bahagian tempat solat lelaki
Amacam?Best kan? mesti kalian terasa nak pergi juga kan?Cadangannya Adda sekeluarga nak solat Aidilfitri tahun ini disini.Apa pun bergantung pada jadual encik suami dan ketentuan Ilahi.


salam kasih sayang,
Adda,


Pengedar sah Shaklee,
No id 945192,
0133426343


Anda mungkin juga meminati:

  • B Complex untuk rambut sihat Rambut boleh kehilangan warna kerana kekurangan melanin iaitu bahan pewarna semulajadi yang terdapat di dalam badan yang juga dikenali sebagai pigmen.Apabila usia semakin meningkat, penghasilan pigmen dalam folikel rambu… Read More
  • Vitamin kulit sihat Soalan: Saya mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang seringkal… Read More
  • Fungsi B Complex Apakah makanan yang mengandungi zat B sebenarnya?   Antara makanan yang mengandungi vitamin B ialah gandum, daging, susu, kacang hijau, ragi, beras, telur, buah-buahan, gandum, ragi, hati, ikan, ginjal, kentang ma… Read More
  • Stress dan obositi - Atasi dengan B Complex Salam pagi selasa buat semua..Baru2 ni dapat badnews kawan saya kata ade seorang manager muda di tempat kerjanya meninggal akibat stroke dan kidney failure. Yang jadi tersentak sebab masih muda. Dan bila sebut stroke… Read More
  • alfalfa complex 24/9/13 Alfalfa pokok alfalfa Alfalfa Complex merupakan Formula Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee dalam tahun 1950an.Diperbuat daripada tanaman Alfalfa (Medicago Sativa) secara organik di C… Read More

0 comments:

Post a Comment