Selamat Datang ,Ahlan Wasahlan!!

Perkongsian tentang diri saya, keluarga , kesihatan dan kecantikan.

.

KULIT LEBIH BERSERI DENGAN SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE

Lebih putih ,Lebih bersih , Lebih halus dan gebu!!

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Cergas Umrah @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Simple Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Best Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, April 7, 2017

RADIKAL BEBAS(OKSIDAN) DAN APA ANTIOKSIDAN TERBAIK

APA ITU RADIKAL BEBAS (OKSIDAN) ?

Radikal bebas adalah hasil dari pemecahan atau pemisahan pasangan eletron. Ia inilah yang membentuk radikal bebas yang tidak stabil dan akan mengganggu fungsi sel termasuk DNA. Ini kerana apabila ia tidak berpasangan, ia cuba mencari pasangan elektronnya.Apabila ia sudah berpasangan, ia akan merosakkan pasangannya dan mencari serta membesarkan rantaian eletronnya yang tidak stabil itu.



Jika jumlah rantaian eletron yang tidak stabil semakin banyak itu bermakna radikal bebas (oksidan) semakin banyak dalam tuduh badan kita , ia akan menggangu dan mengancam sel baik untuk menentang musuh.

Apabila sel baik sudah semakin, sedikit dan lemah, dari situlah terjadinya pelbagai sumber penyakit, dan proses penuaan cepat berlaku.

SUMBER RADIKAL BEBAS(OKSIDAN)

Dewasa kini, dunia  semakin tidak terkawal mengeluarkan sumber radikal bebas.Diantaranya:


1.Sinar cahaya matahari.Sinar UV memberi efek yang negatif ,memasuki tubuh badan melalui kulit.Kulit paling terdedah dengan cahaya matahari.Sebab itu perlunya memakai losyen anti uv untuk mencegah dari radikal bebas dari cahaya matahari.



2.Pencemaran udara - Kualiti udara kita semakin merosot, dengan sumber asap rokok, asap kenderaan, asap dari kilang - kilang, semuanya menyumbang kepada kualiti udara yang tidak segar dan penuh dengan radikal bebas.

3.Gizi Pemakanan.Kini kita dijamu dengan pelbagai makanan ringkas dan cepat seperti burger, hot dog , perencah segera , mi segera dan macam- macam lagi. Juga kita tidak lagi menghiraukan pola pemakanan seharian kita, adakah ianya benar benar mengandungi khasiat, atau hanya sekadar kenyang?

contoh makanan yang tidak sihat dan menyumbang bercambahnya radikal bebas dalam tubuh:
a)Makanan dalam tin.
b)Makanan yang terlalu berlemak.
c.Makanan dari sumber minyak terulang.




Saya pernah melihat,pengusaha yang menjual disekitar sekolah rendah , menggoreng dengan hasil minyak ulangan.Minyaknya memang sangat hitam.Bagaimanalah nasib pelajar sekolah yang hanya inginkan tekak sedap seketika dan tidak mengerti pun pengusaha mengaut keuntungan,mereka bakal terdedah dengan radikal bebas yang tinggi.Sangat ngeri!!

Ibu ayah,tolonglah alert!

4.Barangan Kosmetik- Terlalu banyak lambakan kosmetik yang hanya mengaut keuntungan .Kosmetiknya dari sumber yang tidak pasti mengandungi pelbagai perosak dan mengandungi radikal bebas yang banyak.Pembeli di hidangkan dengan iklan,yang menggolak,rasa ingin cantik dam masa 2 minggu, Ingin putih bak salju.Pengusaha mengaut keuntungan.Anda mangsa yang dipenuhi dengan sel radikal bebas.Tahniah.

5.Ubat -Ubatan dari sumber sintetik.

6.Kesan radiasi-Xray, handfone.

7.Pencemaran alam sekitar.



Secara umumnya radikal bebas inilah yang merosakkan sel pada tubuh, sehingga mengganggu fungsi sel dan DNA kita.Itulah yang mengundang pelbagai penyakit.

Jika kita mempunyai DNA yang kita sihat, Bagaimana dengan keturunan kita.Itu lah terhasilnya penyakit keturunan.Bermula lah era kita perbetulkan DNA keturunan kita.Iaitu membaik pulihkan sel yang tidak sihat.
Itulah gunanya Antioksidan.Penyerang radikal bebas dalam tubuh badan kita.



Penyakit yang mungkinterhasil dari radikal bebas yang banyak dalam tubuh badan manusia:










Apa fungsi Antioksidan?

-Keperluan tubuh badan untuk melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan dan ketidak stabilan sel.
-Antioksidan adalah molekul yang akan bekerja melawan radiasi bebas.
-Walaupun sumber radiasi bebas sukar dibendung,tetapi kita dapat melawannya dengan pengambilan antioksidan dalam kumpulan makanan seharian kita.
-Sumber antioksidan yang terkenal adalah dari buahan dan sumber semulajadi,iaitu rasberi.kekacang,starwberi , blue beri, manggis.dan yang terbaik adalah dari anggur,terutama dibahagian kulitnya.

ViVix antioksidan terbaik.

Ia bertindak dengan 4 cara:



a)Mempertahankan sel
b)Memberi tenaga kepada sel
c)Membaiki sel
d)Meningkatkan prestasi sel.
Bagaimana Vivix bekerja


Penggalak Mitochonria



4 Campuran terbaik ViVix.

1. Anggur muscadine.-Anggur sebesar bola golf yang mempunyai sumber polifenol yangyang tinggi.Hanyanya sebiji mencecah rm 100.

anggur muscadine sebesar bola golf

2.Poligonum Cuspidatum
3.Eropean Eldrberies
4.Perple corrot.
- Semuanya gabunga ini mempunyai resveratrol dan polifenol yang tinggi sebagai anti oksidant yang sangat unggul.




 Bahan Aktif utama yang terdapat dalam vivix yang menjadi antioksidan yang unggul adalah:

1.Resveratrol
2.Polifenol

Apa itu resvetratrol?









Apa itu polifenol?







Bagaimana untuk mendapatkan vivix terbaik ini?
  

atau,

Hubungi saya:

Rabiatul Adawiah
fb:Adawiah Nik 
whatApps:013 3426343

Pengedar Shaklee Rawang
Pengeposan boleh untuk kemana sahaja didalam malaysia dan negara terpilih.





Saturday, April 1, 2017

Sejarah April’s Fool

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?




Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh  sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.
Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
Bukan  sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar  sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya  melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha  ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan  dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa  orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut  juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang  merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.

credit to:http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/sejarah-aprils-fool/