Bulan
April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah
yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai
hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai
diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah
Anda apakah April Fool itu sebenarnya?
Sebenarnya,
April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya
ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan
cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan
cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih
sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya
orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1
April—adalah hari di mana kita boleh sahaja menipu rakan, orang tua,
saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi
ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya
mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga
akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun
belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April
Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin
menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan
mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal
di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah
meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah
budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan
April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat
menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah
Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.
Sejak
dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad,
Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan
Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan
pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis
Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon,
Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan
Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah
sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya
menerangi Sepanyol.
Kerana
sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak
orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk
Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun
bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
Bukan
sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an.
Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal
yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir
enam abad lamanya.
Selama itu
pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah
terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu
gagal. Maka dihantar sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat
Islam Sepanyol.
Akhirnya
mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya
melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya.
Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok
secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik
diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan
menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah
ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam
Sepanyol. Lama-kelamaan usaha ini membuahkan hasil.
Akhirnya
Sepanyol jatuh dan dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib
benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak
hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita,
anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada
adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di
Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah
untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka.
Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang
bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak
muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan
lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim
Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar
keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa orang
Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah
disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah
disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan
berlayar meninggalkan Sepanyol.
Keesokan
harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka
dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan
menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan
salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah
ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara
salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah
api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah
tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di
dalamnya.
Sedang
ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika
tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut
mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam.
Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak
bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan
kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka
dengan pedang terhunus.
Dengan
satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh
umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir
membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan
kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah
menjadi merah kehitam-hitaman.
Tragedi
ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati
oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool
Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong
kepada orang lain.
Bagi umat
kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya
ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan.
Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan
penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan
atau gurauan semata.
Bagi umat
Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari
di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh
tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut
juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.
0 comments:
Post a Comment