Selamat Datang ,Ahlan Wasahlan!!

Perkongsian tentang diri saya, keluarga , kesihatan dan kecantikan.

.

KULIT LEBIH BERSERI DENGAN SET PENJAGAAN WAJAH NUTRIWHITE

Lebih putih ,Lebih bersih , Lebih halus dan gebu!!

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Cergas Umrah @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Simple Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Best Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Sihat Lutut @ Premium Package

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, May 4, 2017

Jom Kenali Kolestrol Baik dan Kolestrol Jahat

Assalamualaikum semua..

Hendaknya semoga sihat sejahtera.. Amin!!

Hari ini , Saya nak cerita sedikit tentang kolestrol baik dan kolestrol jahat.Rupanya ada juga kolestrol baik ye? Ingat kan kolestrol semua jahat dan membawa penyakit.


Apa itu kolestrol?

kolestrol adalah bahan lemak yang terdapat dalam salur daral kita dan di dalam sel badan kita.Ia merupakan kompenen yang pnting dalam pembentukan sel membran ,horomon , tisu dalam tubuh badan manusia ni.

Dua sumber utama kolestrol:

1. Dari sumber semulajadi : hati
2. Dari sumber pemakanan kita.

Dari keduanya ini lah akan terbentuk 2 jenis kolestrol.Iaitu kolestrol baik dan kolestrol jahat.

Apa itu kolestrol baik?

Kolestrol baik dengan singkatan nya HDL.Ia membantu hati untuk mendetox badan kita secara semulajadi.Tugasnya adalah mengangkut kolestrol semua kedadalm hati untuk ditapis dan di singkirkan terus dari badan kita

.Jika hendak sihat kolestrol baik ini, (HDL) perlu kita pastikan ianya dalam kadar yang tinggi. Lagi tinggi brmaksud, ianya boleh bekerja dengan cekap dan cemerlang.Ia dapat memastikan tubuh badan kita ini dikurangkan kolestrol jahat tadi secara semulajadi.

Apa itu kolestrol jahat?

Kolestrol jahat adalah kolestrol yang bila banyak nya ia akan menjadi plak dalam salur darah kita.Apabila salur darah kita penuh dengan nempelan plak kolesterol ini,ia akan menyempitkan salur darah  , seterusnya ia akan menyumbatkan salur darah kita.Apa akan terjadi jika salur darah kita tersumbat?


Inilah punca terjadinya sakit jantung, strok, dan tekanan darah tinggi.
Darah Tinggi

Sakit jantung

strok si pembunuh senyap



Bagaimana untuk kita mengetahui kadar kolestrol dalam darah kita?

Dengan membuat ujian darah di klinik atau di hospital, kita akan dapat tahu kadar kolestrol baik dan kadar kolestrol jahat dalam tubuh badan kita.

Kebiasannya kita tidak akan dapat tanda tanda yang nyata yang tepat, untuk menunjukkan kita mempunyai kadar kolestrol yang tinggi.Tetapi ada sedikit petanda untuk panduan kita, signal yang boleh kita jadikan aras penunjuk,kita perlu membuat ujian darah tersebut,

Tandanya adalah:

1.Terasa sangat berat di tengkung dan kepala.
2. Cepat rasa mengantuk.

3.Kebas kebas kaki dan tangan.
4.Timbul lemak di atas mata.
5.Mudah sangat berasa letih.
6.Kaki bengkak.

Oleh itu saya, sarankan kita membuat ujian darah untuk kita, sekurang kurangnya 1 tahun sekali atau sekali bagi yang belum pernahmembuatnya,. dan selang kan setiap 2 tahun selepas itu. Ikut keperluan kita.Ini dalah untuk persediaan awal kita.

Kadar bacaan kolestrol baik yang di sarankan untuk kita:

lelaki: 40 - 49 / mg dL
wanita: 50-59 /mg dL

kadar kolestrol jahat LDL tidak melebihi:

lelaki:
wanita:




Untuk kesihatan yang sempurna,kita dapatkan kadar kolestrol;

HDL: dapatkan hasil ujian yang tinggi , seperti dalam jadual.
LDL : dapatkan hasil ujian yang rendah.seperti dalam jadual

Cara semulajdi merendahkan kolestrol jahat dalm tubuh badan kita:

1. Senaman yang berkala.Maksudnya berjadual.Jangan hanya hangat tahi ayam sahaja.
2.Amalkan pemakanan yang seimbang dari sudut kalsium, protein, serat dan 
3. Diet yang rendah dengan lemak tepu dan lemak trans
4. Turunkan berat badan dengan kadar BMI yang sepatutnya.
5. Mengamalkan pengambilan fitostrol dalam diet seharian untuk menurunkan kadar kolestrol jahat secara semulajadi.

Untuk mendapatkan sumber Fitostrol dalam pemakanan untuk sehari adalah:

1.200 batang lobak merah.
2.70 keping roti gandum.
3.425 biji tomato.

Rasa rasa nya mampukah kita untuk mengambil sejumlah makanan yang di sarankan untuk mendapatkan jumlah yang mencukupi untuk fitostrol?

Jawapannya mustahil bukan?

Disini saya ada cadangan terbaik dan terjimat serta termudah untuk pengambilan keperluan  fitostrol yang mencukupi untuk seharian.

Tentulah dari shaklee.. Ini dia.. PHYTOCOL ST.



Bagaimana PHYTOCOL SHAKLEE boleh membantu penyingkiran kolestrol jahat dalam tubuh badan kita?



Bagaimana hendak dapatkan PHYTOCOL ST?

1.Hubungi Saya , Adawiah Nik

--- FB: Adawiah Nik
---Tel/ WhatApps: 013 3426343 http://jihadsihat.wasap.my/

2.Pembelian sendiri:





Friday, April 7, 2017

RADIKAL BEBAS(OKSIDAN) DAN APA ANTIOKSIDAN TERBAIK

APA ITU RADIKAL BEBAS (OKSIDAN) ?

Radikal bebas adalah hasil dari pemecahan atau pemisahan pasangan eletron. Ia inilah yang membentuk radikal bebas yang tidak stabil dan akan mengganggu fungsi sel termasuk DNA. Ini kerana apabila ia tidak berpasangan, ia cuba mencari pasangan elektronnya.Apabila ia sudah berpasangan, ia akan merosakkan pasangannya dan mencari serta membesarkan rantaian eletronnya yang tidak stabil itu.



Jika jumlah rantaian eletron yang tidak stabil semakin banyak itu bermakna radikal bebas (oksidan) semakin banyak dalam tuduh badan kita , ia akan menggangu dan mengancam sel baik untuk menentang musuh.

Apabila sel baik sudah semakin, sedikit dan lemah, dari situlah terjadinya pelbagai sumber penyakit, dan proses penuaan cepat berlaku.

SUMBER RADIKAL BEBAS(OKSIDAN)

Dewasa kini, dunia  semakin tidak terkawal mengeluarkan sumber radikal bebas.Diantaranya:


1.Sinar cahaya matahari.Sinar UV memberi efek yang negatif ,memasuki tubuh badan melalui kulit.Kulit paling terdedah dengan cahaya matahari.Sebab itu perlunya memakai losyen anti uv untuk mencegah dari radikal bebas dari cahaya matahari.



2.Pencemaran udara - Kualiti udara kita semakin merosot, dengan sumber asap rokok, asap kenderaan, asap dari kilang - kilang, semuanya menyumbang kepada kualiti udara yang tidak segar dan penuh dengan radikal bebas.

3.Gizi Pemakanan.Kini kita dijamu dengan pelbagai makanan ringkas dan cepat seperti burger, hot dog , perencah segera , mi segera dan macam- macam lagi. Juga kita tidak lagi menghiraukan pola pemakanan seharian kita, adakah ianya benar benar mengandungi khasiat, atau hanya sekadar kenyang?

contoh makanan yang tidak sihat dan menyumbang bercambahnya radikal bebas dalam tubuh:
a)Makanan dalam tin.
b)Makanan yang terlalu berlemak.
c.Makanan dari sumber minyak terulang.




Saya pernah melihat,pengusaha yang menjual disekitar sekolah rendah , menggoreng dengan hasil minyak ulangan.Minyaknya memang sangat hitam.Bagaimanalah nasib pelajar sekolah yang hanya inginkan tekak sedap seketika dan tidak mengerti pun pengusaha mengaut keuntungan,mereka bakal terdedah dengan radikal bebas yang tinggi.Sangat ngeri!!

Ibu ayah,tolonglah alert!

4.Barangan Kosmetik- Terlalu banyak lambakan kosmetik yang hanya mengaut keuntungan .Kosmetiknya dari sumber yang tidak pasti mengandungi pelbagai perosak dan mengandungi radikal bebas yang banyak.Pembeli di hidangkan dengan iklan,yang menggolak,rasa ingin cantik dam masa 2 minggu, Ingin putih bak salju.Pengusaha mengaut keuntungan.Anda mangsa yang dipenuhi dengan sel radikal bebas.Tahniah.

5.Ubat -Ubatan dari sumber sintetik.

6.Kesan radiasi-Xray, handfone.

7.Pencemaran alam sekitar.



Secara umumnya radikal bebas inilah yang merosakkan sel pada tubuh, sehingga mengganggu fungsi sel dan DNA kita.Itulah yang mengundang pelbagai penyakit.

Jika kita mempunyai DNA yang kita sihat, Bagaimana dengan keturunan kita.Itu lah terhasilnya penyakit keturunan.Bermula lah era kita perbetulkan DNA keturunan kita.Iaitu membaik pulihkan sel yang tidak sihat.
Itulah gunanya Antioksidan.Penyerang radikal bebas dalam tubuh badan kita.



Penyakit yang mungkinterhasil dari radikal bebas yang banyak dalam tubuh badan manusia:










Apa fungsi Antioksidan?

-Keperluan tubuh badan untuk melindungi tubuh dan memperlahankan kemusnahan dan ketidak stabilan sel.
-Antioksidan adalah molekul yang akan bekerja melawan radiasi bebas.
-Walaupun sumber radiasi bebas sukar dibendung,tetapi kita dapat melawannya dengan pengambilan antioksidan dalam kumpulan makanan seharian kita.
-Sumber antioksidan yang terkenal adalah dari buahan dan sumber semulajadi,iaitu rasberi.kekacang,starwberi , blue beri, manggis.dan yang terbaik adalah dari anggur,terutama dibahagian kulitnya.

ViVix antioksidan terbaik.

Ia bertindak dengan 4 cara:



a)Mempertahankan sel
b)Memberi tenaga kepada sel
c)Membaiki sel
d)Meningkatkan prestasi sel.
Bagaimana Vivix bekerja


Penggalak Mitochonria



4 Campuran terbaik ViVix.

1. Anggur muscadine.-Anggur sebesar bola golf yang mempunyai sumber polifenol yangyang tinggi.Hanyanya sebiji mencecah rm 100.

anggur muscadine sebesar bola golf

2.Poligonum Cuspidatum
3.Eropean Eldrberies
4.Perple corrot.
- Semuanya gabunga ini mempunyai resveratrol dan polifenol yang tinggi sebagai anti oksidant yang sangat unggul.




 Bahan Aktif utama yang terdapat dalam vivix yang menjadi antioksidan yang unggul adalah:

1.Resveratrol
2.Polifenol

Apa itu resvetratrol?









Apa itu polifenol?







Bagaimana untuk mendapatkan vivix terbaik ini?
  

atau,

Hubungi saya:

Rabiatul Adawiah
fb:Adawiah Nik 
whatApps:013 3426343

Pengedar Shaklee Rawang
Pengeposan boleh untuk kemana sahaja didalam malaysia dan negara terpilih.





Saturday, April 1, 2017

Sejarah April’s Fool

Bulan April telah hampir tiba tidak lama lagi, ada suatu sambutan jahiliah yang patut kita waspada bersama sebagai seorang Muslim; 1 April sebagai hari April Fool. April Fool sendiri adalah hari di mana orang ramai diperbolehkan untuk menipu dan berbohong kepada orang lain. Tapi tahukah Anda apakah April Fool itu sebenarnya?




Sebenarnya, April Fool adalah sebuah perayaan hari kemenangan atas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib yang dilakukan dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan kebohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan sahaja.
Biasanya orang akan menjawab bahawa April Fool—yang hanya berlaku pada tanggal 1 April—adalah hari di mana kita boleh  sahaja menipu rakan, orang tua, saudara, atau orang lain, dan yang terkena tidak boleh marah atau emosi ketika sedar bahawa dirinya telah menjadi sasaran April Fool.
Biasanya mangsa penipuan, jika sudah sedar terkena April Fool, maka dirinya juga akan tertawa atau membebel, dan tidak marah secara serius. Walaupun belum sepopular perayaan tahun baru atau Valentine’s Day, budaya April Fool dalam dua dekad terakhir memperlihatkan kecenderungan yang makin menebal didalam masyarakat kita. Terutama di kalangan anak muda.
Bukan mustahil pula, suatu masa nanti akan meluas ke masyarakat yang tinggal di kampung – kampung dan pedalaman. Ironiknya, masyarakat dengan mudah meniru kebudayaan Barat ini tanpa menyiasatnya terlebih dahulu, apakah budaya itu baik atau tidak, bermanfaat atau sebaliknya.
Perayaan April Fool sebenarnya bermula dari suatu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. April Fool, berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 H.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol beransur-ansur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur. Pasukan Islam tidak sahaja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitar menuju Perancis.
Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walaupun sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah barat yang berupa kawasan pegunungan. Islam telah berjaya menerangi Sepanyol.
Kerana sikap para penguasa Islam yang begitu baik dan rendah hati, banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan saja beragama Islam, namun bersungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan secara Islam.
Bukan  sahaja membaca Al-Qur’an, namun bertingkah-laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka telah meninggalkan muzik, bir, pergaulan bebas, dan segala hal yang dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.
Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus menerus berusaha membersihkan Islam dari Sepanyol, namun selalu gagal. Maka dihantar  sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam Sepanyol.
Akhirnya mereka menemui cara untuk menakluk Islam, yakni dengan pertamanya  melemahkan iman mereka melalui jalan serangan pemikiran dan budaya. Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirimkan alkohol dan rokok secara haram ke dalam wilayah Sepanyol.
Muzik diperdengarkan untuk memujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca Al Qur’an. Mereka juga mengirimkan sejumlah ulama palsu untuk meniup-niupkan perpecahan ke dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan usaha  ini membuahkan hasil.
Akhirnya Sepanyol jatuh dan  dikuasai pasukan salib. Serangan oleh pasukan salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal perikemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh, tetapi juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua. Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh.
Granada adalah daerah terakhir yang ditakluki. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera salib terus mengejar mereka. Ketika jalan jalan sudah sepi, tinggallah ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan darah, tentera salib mengetahui bahawa banyak muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah.
Dengan lantang tentera salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Namun beberapa  orang Muslim dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah disiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah disediakan, mereka pun segera bersiap untuk meninggalkan Granada dan berlayar meninggalkan Sepanyol.

Keesokan harinya, ribuan penduduk muslim Granada keluar dari rumah-rumah mereka dengan membawa seluruh barang-barang keperluan, beriringan berjalan menuju ke pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai pasukan salib, memilih bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumah mereka.
Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentara salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api kelihatan menjilat-jilat angkasa ketika mereka membakar rumah-rumah tersebut bersama dengan orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.
Sedang ribuan umat Islam yang tertahan di pelabuhan, hanya boleh terpaku ketika tentera salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakanya terdiri dari para perempuan dan kanak-kanak yang masih kecil. Tentera salib telah mengepung mereka dengan pedang terhunus.
Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentara salib segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa rasa belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman.

Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudiannya diingati oleh dunia kristian setiap tanggal 1 April sebagai (The April’s Fool Day). Pada tanggal 1 April, orang-orang dibolehkan menipu dan berbohong kepada orang lain.
Bagi umat kristian, April Fool merupakan hari kemenangan keatas terbunuhnya ribuan umat Islam Sepanyol oleh tentera salib dengan cara-cara penipuan. Sebab itulah, mereka merayakan April Fool dengan cara menghalalkan penipuan dan pembohongan walau dibungkus dengan dalih sekadar hiburan atau gurauan semata.
Bagi umat Islam, April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seagama disembelih dan dibunuh oleh tentera salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak patut  juga ada orang Islam yang terikut merayakan tradisi ini.
Siapapun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka dia sesungguhnya sedang  merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, 5 abad yang lalu. Jadi, perhatikan sekeliling anda, anak anda, atau anda sendiri, mungkin terkena bungkusan jahiliah April Fool tanpa kita sedari.

credit to:http://akuislam.com/blog/fakta-menarik/sejarah-aprils-fool/

Thursday, March 30, 2017

Bahaya Jangkitan Kuman GBS. Ibu hamil patut tahu!

Tak pernah langsung saya tahu sebelum ini tentang kuman GBS.Sebelum ini, saya pernah kerja di pusat bersalin swasta , ada terdengar doktor sebut, jika ada keputihan yang banyak, baby yang lahir mungkin akan buta.itu aje dengar nya. Pada fahaman saya, jika keputihan banyak, akan terjadi 1,2 kelahiran antara yang banyak kelahiran akan ada risiko bayi menjadi buta.

Waktu tu punya malas nak bertanya.Hanya dengar dan buat sambil lewa.Kebetulan pada awal tahun hari tu, kawan ada bertanya pada saya, tahu tak tentang kuman GBS ini. katanya ia boleh beri risiko kematian pada bayi saat baru sahaja kelahiran. Time tu, baru saya mencari maklumat dan bertanyakan pada kawan kawan.
Rupanya ada kawan yang pernah mengalaminya.Baca disini.


Apa itu kuman GBS?

Kuman GBS ini adalah singkatan dari GROUP B STREPTOCOCCOS. kuman ini kebiasaanya memilih vagina , rektum dan usus sebagai habitatnya.Kebiasaanya fungus berlebihan (keputihan) dan kegatalan adalah tanda kuman GBS aktif.Namun bukan setiap ibu hamil yang mengalami keputihan,adalah  positif kuman GBS.Jangkitan bakteria atau kuman ini boleh dijangkiti oleh bayi semasa proses kelahiran dan boleh menyebabkan maut .


Bagaimana mengesan kuman GBS ini?

Bagi mengesan kuman GBS ini,Pada usia kandungan 32-35 minggu ibu perlu menjalani ujian SWAB TEST. Doktor akan mengambil sampel cecair di vagina untuk dihantar ke makmal untuk diuji.Ini kerana pembawa kuman GBS tidak menunjukan simpom yang nyata.

Apakah risiko yang mungkin berlaku jika positif kuman GBS ini?
-Jika ibu hamil positif kuman GBS ini,ia di panggil pembawa.Maka, mangsa yang menjadi sasarannya adalah bayi yang dikandung.Jadi ibu hamil perlu tahu apa risiko yang mungkin boleh berlaku:

1. kelahiran pra matang
2.Air ketuban pecah awal.

-Semasa proses kelahiran, adalah masa pemindahan kuman GBS dari vagina ibu /rektum ibu kepada bayi.Pada ketika itu,bayi yang baru lahir (dengan antibodi yang amat rendah,tentu sekali ) baru sahaja lalui kawasan vagina ibu , akan terkena jangkitan kuman GBS ini.


-Inilah proses yang paling ditakuti dan paling kerap berlaku.

-Jika bayi terkena jangkitan ini,20% akan mengalami sepsis pada usia kurang 4 hari dengan kadar kematian yang tinggi.menghasilkan punca kematian seperti pneumonia ,septicaemia dan miningitis.

-Jika bayi yang survive , 50 % akan mengalami kerosakan pada bagahian neorology (otak ),seperti buta dan pekak.


Apakah tindakan sewajarnya yang patut dilakukan jika saya sah pembawa kuman GBS?

-Kebiasaanya selepas ibu membuat swab test , doktor akan berikan surat pengesahan yang menyatakan anda pembawa kuman GBS.Lampirkan sekali bersama dengan buku kehamilan anda untuk memudahkan pihak hospital sebagai rujukan dan membuat tindakan ketika saat proses  kelahiran nanti.

-Sekiranya, doktor tidak memberikan sebarang nota atau surat, sebaiknya anda meminta kepada doktor untuk tujuan keselamatan anda sekiranya berlaku kecemasan.
contohnya:Anda membuat pemeriksaan di hospital swasta yang akan memberikan anda kad dan sedikit nota sahaja.Lain lain maklumat tersimpan di fail peribadi anda di hospital tersebut. Sebaiknya surat pengesahan menyatakan anda pembawa kuman GBS dilampirkan bersama kad kehamilan anda yang boleh anda bawa pulang.Jika berlaku sebarang kecemasan ,anda terpaksa ke hospital lain, anda sudah ada surat pengesahan tersebut.

-Kebiasaanya selepas mendapat keputusan makmal, dan anda telah di sahkan pembawa kuman GBS ini, doktor akan membekalkan anda dengan antibiotik.Ambillah untuk melindungi kuman menjadi semakin ganas.

-Sekiranya telah sampai tempoh kelahiran bayi anda, sebaiknya pergilah ke hospital dengan segera, supaya pihak hospital dapat memberikan rawatan awal untuk anda sebagai pembawa kuman GBS.

- Memperbanyakan doa dan berzikir.Allah sahajalah tempat kita memohon pertolongan.Allah hanya hendak melihat sejauh mana ikhtiar dan tawakal kita.



Apakah yang dapat dilakukan untuk mengurangkan jangkitan GBS semasa proses kelahiran?

Jika sudah maklum, ibu adalah pembawa kuman GBS, doktor akan memberikan antibiotik intravena sekurang-kurangnya 2 jam sebelum proses kelahiran.Tetapi terdapat beberapa risiko lain terhadap ibu dan bayi dengan pengambilan antibiotik ini.Sebaiknya berbincanglah dengan doktor dan pastinya anda akan mendapat pilihan yang tepat.


Disini saya sertakan :

Tips mengurangkan keputihan yang sedang mengganas.

1.Pastikan seluar dalam sentiasa kering.
2.Lap kering vagina selepas membuang air.
3.Mengelap dari hadapan ke dubur, untuk mengelakkan jangkitan kuman dari dubur.
4.Membuat rendaman air suam , seminggu sekali.Atau 3 hari sekali.
5.Makan bawang putih sebagai antikulat dan antibodi semulajadi.
6.Amalkan memakan yogurt asli untuk menghasilkan lebih banyak bakteria baik, untuk menghapuskan bakteria jahat.


Berikut adalah kumpulan pemakanan tambahan dari shaklee untuk keputihan yang melampau!

1 Vitamin C- Bertindak untuk menguatkan antibodi dalaman dan luaran untuk menentang bakteria jahat.
2.Alfalfa - Terkenal sebagai jamu perapat dan sangat bagus untuk orang yang mengalami keputihan.
3.Garlic- Bertindak sebagai antikulat, antifungus dan menguatkan antibodi.
4.Vivix - Antioksidan yang sangat tinggi untuk melawan serangan radikal bebas ,dan sangat terbaik untuk kanser.


Saya amalkan pil bawang putih Shaklee.Lebih mudah untuk pengendaliannya dan sentiasa bersedia bila diperlukan.



Saya adalah pengedar Shaklee , bagi sesiapa yang ingin  mengurangkan simptom keputihan yang mengganas, dengan produk shaklee.boleh hubungi saya :

FB:Adawiah nik
TEL:0133426343


Penghantaran  untuk seluruh malaysia oleh gdex atau pos laju Malaysia.
Cod Rawang di sekitar Country Homes sahaja.


 Salam Sayang dan jumpa lagi.
Assalamualaikum!!






Tuesday, February 7, 2017

SESAK NAFAS KETIKA HAMIL

Bismillahirohmanirohim..

Semoga pembaca blog saya dirahmati allah dan di murahkan rezeki.. Aminn..

Sejak usia kandungan semakin meningkat, kebiasaanya ada yang akan mengalami sesak nafas, betulkan? Begitu juga dengan saya.
Kandungan saya kini meninjak 6 bulan, acapkali saya mengalami sesak nafas.Saya buntu kenapa ia sering terjadi. Kebetulan berjumpa dengan doktor minggu lepas , saya bertanya kepada doktor kenapa kah ia berlaku..

Berkebetulan malam tadi, saya baru sahaja terjadi kepada saya. Makan malam sedap sangat.. hihihi.. macaroni sup. sedap menjilat jari.. habis licin semangkuk, daku habiskan.Selesai makan, saya berehat sandar di sofa sambil melayan hp.

Tetiba saya sesak nafas. Tidak boleh langsung bernafas, saya cuba untuk batuk.supaya ada detakan dan ada ruang untuk saya bernafas. tetapi tidak berjaya.Bahkan untuk panggil suami di seberang sofa pun tidak mampu. Saya cuba untuk melompat sambil cuba untuk batuk.Alhamdulillah saya berjaya nafas semula..

Jadi, saya kongsikan kepada anda kenapa sesak nafas, boleh berlaku ketika hamil.

Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas biasa terjadi.Ini kerana disebabkan kedudukan rahim yang semakin membesar . Ia akan menekan dinding dada atau diagfragma si ibu hamil.Sehingga rongga paru akan mengecil dan akan mengakibatkan kita mengalami sesak nafas.Memang ada sebahagianibu hamil tidak merasakan hal demekian.


Disini, saya sharekan tips yang diberikan oleh doktor tempoh hari:




  • Digalakkan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman yang sesuai untuk ibu hamil.Ia dapat membantu tubuh badan tetap sihat dan segar.Tentu sahaja senaman yang bersesuaian dengan usia kandungan.Senaman hamil biasanya dilakukan pada usia kandungan 26 - 30 minggu kehamilan.
  • Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan poster badan yang betul.Dengan erti kata duduk dalam keadaan tegak. Ini akan membantu agar ruang paru paru mempunyai ruang yang lebih luas untuk bernafas.
  • Lebihkan bantal ketika anda hendak baring atau tidur . Akan memberi anda tidur yang lebih nyaman.

  • Kurangkan makan makanan yang pedas, atau yang berangin .Ia akan mengganggu saluran penafasan anda .


 Mudahan entry ini dapat membantu kalian yang mengalami sesak nafas ketika hamil. Insya Allah ia sangat membantu anda.


Bagi sesiapa yang hendak mencuba set hamil shaklee boleh hubungi saya..




Adawiah Nik
 013 342 6343.





Monday, February 6, 2017

Promosi Febuari 2017- Ada 5 Promosi Yang Best Belaka!!

Alhamdulilillah.. syukur Allah beri saya peluang untuk share dengan kalian semua..
tentang pomosi dari shaklee untuk bulan ini.

Saya suka sangat hendak berkongsi tentang promosi bulan ini kerana , belum pernah shaklee buat promosi gila gila .

Hendak tahu, apa promosi terhebat bulan ini?

1. Beli satu percuma satu.

a) Alfalfa Small ( 330 biji ) - Rm 56.98  - Expire date ogos 2017
b)Alfalfa Large (700 biji) - Rm 103.35 -Expire date Jun 2017
c)Lecithin (180 biji) - Rm 55.65 - Expire date April 2017




2. Ostematrix beli 6 percuma 1
3.Ostematrix beli 2 less 5%
4.Vitalea kids beli 3 percuma 1 botol.




5. Pembelian Energy for life set dan daily essential set boleh dapatkan mug comel dari shaklee cuma berharga rm 10.60 dan beg kertas dari shaklee.





Alfalfa small tu, ada 330 biji tau. sehari jika ambil 10 biji. cukup sebotol tu. jika ambil bulan ini. masih jauh lagi expired datenya tau.

Haaaa.. terbaik tau, bulan ini, Shaklee bagi 5 promosi yang best semuanya..Jika anda sangat berminat. Anda boleh hubungi saya..

Adawiah Nik,
013 342 6343








Friday, January 13, 2017

Vitamin C.Kenapa kita memerlukannya?

Vitamin C merupakan satu antioksida yang kuat dan telah digelar nutrisi serba boleh.  Ia mempunyai pelbagai fungsi di dalam tubuh manusia dan mungkin juga dapat membantu melindungi kerosakan sel daripada pencemaran alam sekitar, tekanan , asap dan tabiat pemakanan yang kurang baik.

Khasiat Kesihatan daripada Vitamin C :


1. Sistem Saraf Dan Imun Yang Sihat

VItamin C penting untuk keseluruhan kesihatan dan kesejahteraan kerana ia menyumbang kepada fungsi sistem saraf dan imun yang normal.

2.Menangkis Tanda Penuaan

Vitamin c merupakan ko - faktor untuk proses sintesis kolegen.Kolegen membuatkan kulit lembut ,anjal dan lasak serta melindungi daripada berkedut.


3.Kesihatan Kardiovaskular

Vitamin C membantu mengurangkan pengoksidaan di sakuran darah , memberikan perlindungan darpada tekanan darah tinggi dan penyakit kardiovaskular.

4.Menyokong Penyerapan Zat Besi

VItamin C meningkatkan penyerapan zat besi , menerel penting untuk pembentukan sel sel darah merah dan hemoglobin normal.Sesuai sangat bagi ibu mnegandung yang sering mengalami hb low, bawah dari 10.

Sustained Release Vita C Plus 

Vitamin C berkepekatan tinggi 
Tubuh badan kita tidak boleh mengeluarkan Vitamin c dengan sendirinya, dan tambahan pula, ia boleh hilang semasa melakukan aktiviti harian.

Siapa perlukan Vitamin C?

Ianya perlu diganti semula secra berterusan , Shaklee Sustained Release Vita C Plus ternyata dapat memberikan perlindungan dalam masa yang panjang dengan melepaskan Vitamin C, jam demi jam kepada tubuh badan kita bagi memastikan bekalan Vitamin c sentiasa mencukupi bila diperlukan oleh tubuh badan kita.

Memberikan mg Vitamin C yang berasal daripada kanji jagung bagi membekalkan sumber vitamin c semulajadi

Sisitem Proprietari perlepasan bertahan, yang memberikan 100 mg vitamin C semulajadi bagi setiap jam, yang bersamaan dengan memakan satu setngah bijhi oren setiap jam, selama lima jam.

Ditambah dengan 120mg Bioflavonoids limau bagi menambah keberkesanan Vitamin C.


Shaklee Chewable Vita c Plus

Chewable Vita C Plus di datangkan dengan rasa limau yang enak dan bersesuaian untuk kanak kanak dan golongan dewasa yang mempunyai kesukaran untuk menelan tablet.Pemecahan Vitamin C boleh dihadam oleg air liur dan menyerap dengan sediakala oleh usus kecil.


Tahukah anda: Kajian menunjukkan mengunyah vitamin c dalam jumlah yang kecil beberapa kali satu hari membuatkan proses penyerapan vitamin c yang lebih baik.


Hendak dapatkan bekalan vitamin c ?
anda boleh hubungi saya,

Adawiah Nik
Pengedar Sah Shaklee.
013 3426343
Id: 945192