Semoga pembaca blog saya dirahmati allah dan di murahkan rezeki.. Aminn..
Sejak usia kandungan semakin meningkat, kebiasaanya ada yang akan mengalami sesak nafas, betulkan? Begitu juga dengan saya.
Kandungan saya kini meninjak 6 bulan, acapkali saya mengalami sesak nafas.Saya buntu kenapa ia sering terjadi. Kebetulan berjumpa dengan doktor minggu lepas , saya bertanya kepada doktor kenapa kah ia berlaku..
Berkebetulan malam tadi, saya baru sahaja terjadi kepada saya. Makan malam sedap sangat.. hihihi.. macaroni sup. sedap menjilat jari.. habis licin semangkuk, daku habiskan.Selesai makan, saya berehat sandar di sofa sambil melayan hp.
Tetiba saya sesak nafas. Tidak boleh langsung bernafas, saya cuba untuk batuk.supaya ada detakan dan ada ruang untuk saya bernafas. tetapi tidak berjaya.Bahkan untuk panggil suami di seberang sofa pun tidak mampu. Saya cuba untuk melompat sambil cuba untuk batuk.Alhamdulillah saya berjaya nafas semula..
Jadi, saya kongsikan kepada anda kenapa sesak nafas, boleh berlaku ketika hamil.
Sesak nafas saat usia kehamilan enam bulan keatas biasa terjadi.Ini kerana disebabkan kedudukan rahim yang semakin membesar . Ia akan menekan dinding dada atau diagfragma si ibu hamil.Sehingga rongga paru akan mengecil dan akan mengakibatkan kita mengalami sesak nafas.Memang ada sebahagianibu hamil tidak merasakan hal demekian.
Disini, saya sharekan tips yang diberikan oleh doktor tempoh hari:
- Digalakkan bagi ibu hamil untuk melakukan senaman yang sesuai untuk ibu hamil.Ia dapat membantu tubuh badan tetap sihat dan segar.Tentu sahaja senaman yang bersesuaian dengan usia kandungan.Senaman hamil biasanya dilakukan pada usia kandungan 26 - 30 minggu kehamilan.
- Sebaiknya ibu hamil selalu duduk dengan poster badan yang betul.Dengan erti kata duduk dalam keadaan tegak. Ini akan membantu agar ruang paru paru mempunyai ruang yang lebih luas untuk bernafas.
- Lebihkan bantal ketika anda hendak baring atau tidur . Akan memberi anda tidur yang lebih nyaman.
- Kurangkan makan makanan yang pedas, atau yang berangin .Ia akan mengganggu saluran penafasan anda .
Mudahan entry ini dapat membantu kalian yang mengalami sesak nafas ketika hamil. Insya Allah ia sangat membantu anda.
Bagi sesiapa yang hendak mencuba set hamil shaklee boleh hubungi saya..
Adawiah Nik
013 342 6343.
0 comments:
Post a Comment