Apa itu yo-yo effect atau yo-yo diet?
Yoyo effect atau yoyo diet bermaksud seseorang itu akan turu berat badannya selepas berdiet beberapa ketika tetapi tidak mampu mengekalkan keadaan tersebut dalam jangka masa panjang. Berat akan naik semula dan boleh menjadi lebih berat dari sebelum ini. Keadaan naik turun ini sering terjadi kepada ramai orang yang berusaha untuk kurus dan akhirnya mematahkan semangat mereka. Maka, ramai yang gagal dalam usaha untuk mendapatkan berat badan yang ideal.
Kenapa dan bagaimana yo-yo effect terjadi
Lazimnya, yoyo effect dialami oleh mereka yang mengamalkan diet yang ketat secara tiba dan tidak mengimbangi diet tersebut dengan betul. Diet yang ketat seperti "Diet Atkins" dan "GMDiet" perlu dilaksanakan mengikut kaedah yang betul kerana jika tersalah teknik, yoyo effect pasti terjadi.
Diet ini lazimnya menekankan pengurangan kalori. Pengurangan kalori menyebabkan tahap metabolisma tubuh juga menjadi rendah (metabolisma ialah cara tubuh membakar makanan dan menukarkannya kepada tenaga). Semakin rendah metabolisma, semakin mudah berat badan naik semula. Pada awalnya, pengamal diet mungkin gembira dengan penurunan berat badan yang cepat dan mendadak namun diet yang ekstrem menyebabkan masalah stress, pengamal menjadi makin lapar, pitam atau pening menyebabkan sukar utuk mereka mengekalkan diet tersebut. Akibatnya, mereka kembali kepada tabiat makanan yang lama, ditambah pula dengan kekecewaan akibat diet yang tidak menjadi membuatkan berat badan naik dengan memdadak.
Kesan yo-yo effect ke atas tubuh
Peningkatan dan penurunan berat badan yang tidak menentu boleh membawa kepada masalah kesihatan yang berpunca dari kekurangan nutrien seperti:
- Kanser
- Sakit jantung
- Keguguran rambut
- Osteoporosis
- Hilang daya tumpuan
- Keletihan dan kelesuan
- Tekanan emosi
Bagaimana mengelak yo-yo effect dari berlaku ?
Diet melulu tanpa sistem dan perancangan yang betul dan keghairahan untuk menurunkan berat badan dengan cepat merupakan punca utama yoyo effect terjadi. Untuk mengelakkannya, pengamal diet harus mengamalkan diet yang tepat dan sesuai dengan tubuh berdasarkan tahap kesihatan dan keperluan masing-masing. Antara tips yang boleh diamalkan ialah:
- Bersenam. bersenam dapat meingkatkan metabolisma dan membentuk otot
- Sesekali, anda boleh makan apa yang anda mahu tetapi cukp sekadar memuaskan hati
- Kenalpasti emosi yang menyebabkan masalah makan berlebihan. Ada orang yang makan banyak bila sedih, gementar malah gembira. Tulis catatan dan cari cara untuk mengatasi dan megingati diri sendiri
- Menulis target dan misi yang logik dan ideal untuk dicapai. Kira target penurunan berdasarkan tinggi da BMI. Kebanyakan diet gagal kerana misi yang tidak jelas.
- Dapatkan sokongan dengan menyertai kumpulan yang sama2 berusaha dalam misi menurunkan berat badan seperti anda. Jika anda berasa tidak selesa berkogsi kisah dengan orang luar, dapatkan sokongan keluarga dan kawan-kawan.
- Bagi mereka yang beragama Islam, jangan lupa berdoa supaya diberi kekuatan oleh Allah dalam usaha anda untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat.
Bersabar dan istiqamah.
Hubungi Saya :
FB Adawiah Nik | 013-3426343 (sms/whatsapp/telegram) | Adawiahnik@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click "google +1" :-)
* COD - Rawang, Selayang,Kuala kubu baru,Gombak, Damansara,Kepong
FB Adawiah Nik | 013-3426343 (sms/whatsapp/telegram) | Adawiahnik@gmail.com
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click "google +1" :-)
* COD - Rawang, Selayang,Kuala kubu baru,Gombak, Damansara,Kepong
*Pos laju ke
SELURUH MALAYSIA
0 comments:
Post a Comment