Tuesday, December 23, 2014

Donat Gebu Gebas Melantun!!

Bismillahirohamanirrohim..

Maaf sangat sangat atas kelewatan saya update resepi donut gebu gebass ini.. Almaklum cuti sekolah ini.. meriah sentiasa rumah, dan ada saje kerja tambahan..

Terima Kasih atas kunjungan mommy shaklee saya td, dila hussin.. datang serombongan (anak anak seramai 5 orang). hahahai.. gagah juga, perjalanan hanya setengah jam, jadi 2 jam! dek kerana karenah anak2 dalam kereta.. berbanyak terima kasih, demi anak shaklee mu ini.. ahaks!! thanks mommy!!

Oklah.. nak share resepi donut gebu gebas pulak..dari dulu saya memang fobia nak buat donut.5 kali buat tak jadi!! memang taubat tak nak buat, bertahun2 dok beli je, sebab anak2 ku ini, suka sangat donut..

Entah macamana , dikala cuti sekolah ini, azam tinggi untuk berusaha menggebukan donut,Alhamdulillah ,Allah izinkan..

Tada!!!




Bahan A
2 sudu yis (lebih kurang seengah peket )
2 sudu besar gula, bukan yang terlalu mengunung ye..
lebih setengah cawan air

kacau bahan diatas dan ketepikan 

Bahan B
3 cawan tepung gandum
2 sudu shortening/marjerin
2 sudu besar susu tepung
sedikit garam

ada orang biasa letak juga softener, saya tak letak.

cara2 nya:
1.Gaulkan bahan B sehingga mesra
2.Campurkan bahan A kedalam bahan B
3.Uli sehingga tidak melekat di tangan dan agak kenyal.
4.Tutupkan dengan kain
5.Biarkan ia naik sekali ganda
6.bentukkan menjadi donut.
7.Biarkan ia naik lagi sekali dalam 15 minit
8.gorengkan
9. Sejukkan dahulu
10.Gula kan atau sambalkan..

Siap!!!


Ada juga resepi import, saya minta dari kakak ipar.. thanks kak g..

Ini kalau gigit naik semula, lantun gitu!!..

BahanA
1/2 cawan susu segar suam
1/2 cawan air sum
~ campur dan bahagi 2

1 bahagian air tadi , masukkan;
1 1/2 sudu besar yis
1 sudu kecil gula , kacau sederhana
biarkan seketika..

Bahan B
500 g tepung gandum,
1 sudu kecil baking powder,
1 1/2 sudu makan gula kastor,
1/2 sudu kecil garam
2 sudu makan marjerin
2 sudu makan susu tepung

1.Gaulkan bahan campuran tepung tadi,jadikanmacam crumb roti.mesrakan semua.
2.masukkan campuran yis
3. masukkan susu lebihan sedikit demi sedikit,
4. uli sehingga tidak melekat ditangan
5.tutupkan dengan kain at wrap.
6.biarkan ia naik 2 kali ganda.
7.uli bentuk donut.
8.biarkan untuk ia naik sekali lagi
9. goreng!!

Resepi untuk sambal sira

10 tangkai cili kering(ikut jenis cili lah)
4 ulas bawang putih
~ di blend dengan sedikit air

1.Tumiskan cili tadi sehingga naik minyak
2.Masukkan sedikit garam
3.Masukkan 3 sudu garam
4.Gaulkan sehingga likat.
5.Tutup api
6.Masukkan donut dan mesrakan!!
7.Siap!!!


Anak anak saya akan habiskan 10 minit sahaja , setiapkan walaupun ianya 30 bij!!
memang terangkat!! lagi lagilah makan time panas - panas, Memang meletop!!

Cubalah!!












0 comments:

Post a Comment