Kencing manis atau diabetis adalah satu keadaan dimana keadaan metabolisma terganggu .ianya berpunca dari corak pemakanan yang tidak sihat.
Tenaga kita dijana oleh makanan.
Makanan kita diproses,dan dipecahkan menjadi tenaga.Prosesnya begini, apabila makanan itu ditukar bentuk menjadi glukos,dimana glukos adalah satu bentuk gula dalam darah, ia bagaikan bahan api untuk tubuh badan kita.
Apa yang berlaku selepas makanan dihadam?
Apabila makanan dihadam, glukos dari makanan tadi, 0rgan pankreas bertanggungjawab menghasilkan insulin sebagai pengangkut glukos dr salur darah ke otot , lemak dan sel jantung.
Begini gerakerjanya;
Pankreas--> insulin--> glukos --> sel --> tenaga
Bagaimana diebetis terjadi?
Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal. Pada masa sama badan tidak dapat menggunakan insulin ini, menjadikan pesakit dalam keadaan tidak cukup insulin.Insulin adalah sejenis hormon yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita makan atau minum, kandungan gula dalam makanan atau minuman itu meransang kelenjar pankreas untuk menghasilkan insulin.
Insulin ‘membenarkan’ gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalam darah berpindah ke sel bagi membolehkan sel berfungsi.
Bagaimanapun, sekiranya proses pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula yang berlebihan. Maka dengan itu akan berlakulah kencing manis.
0 comments:
Post a Comment