Tuesday, October 13, 2015

11 Sebab Mengapa Anda Perlu Isytihar Perang Dengan Minuman Berkarbonat.


Didoakan pembaca blog ini , mendapat rahmat dan kasih sayang Allah, . Juga didoakan agar kalian kaya dan berjaya... Amiin.

Saya kecil dahulu , sangat suka akan minuman bekarbonat ini . Mujur dirumah jarang ada minuman ini. Jika menziarahi ke rumah teman bagi keluarga , saya tidak melepaskan peluang untuk minum sebanyak banyaknya air ini.

Waktu kecilkan? bukan faham sangat semua ini. sekarang , baru lah tahu , kenapalah dirumah saya dulu , jarang tersimpan air minuman berkarbonat ini.Bahayanya terlalu banyak , benarlah manfaatnya adalah di tekak sahaja.

Saya nukilkan ini , khusus untuk anak anak saya. kenapa umi dan abah tak pernah beli air minuman ini..



Minuman berkarbonat sudah mula wujud semenjak tahun 1767 lagi dan diasakan oleh Joseph Priestly .Kejayaan tersebut bukan sesuatu yang wajar dibanggakan kerana semakin lama , iamakin mendatangkan kesan negatif kepada kita.Bayangkan satu tin minuman tersebut sahaja mengandungi anggaran 10 - 12 sudu kecil gula !!



12 Sebab Mengapa Anda Patut Jauhi Minuman Berkarbonat.


1) Tahap Kalsium Menurun.



Kekerapan minum minuman berkarbonat akan mendedahkan anda kepada risiko diserang osteoporosis. Ini kerana minuman berkarbonat ini mempunyai kandungan fosforus yang sangat tinggi .
.
Bandingkan!!



Kandungan fosforus ini bertindak mennyerap keluar kandungan kalsium dari tulang.Keadaan ini menjadikan tahap kalsium akan menurun manakala tahap fosforus akan meninggi dalam darah. Situasi ini membawa kepada kehilangan jisim tulang.

2)Menggangu Penyerapan Mineral

Kajian dilakukan keatas 57 kanak - kanak yang di sahkan mengalami kekurangan kalsium dalam darah , 66.7 % darinya minum lebih empat tin minuman berkarbonat dalam satu minggu (anggaran 12 hingga 16  aunz).
.
Keadaan ini akan mengganggu penyerarapan mineral baik oleh tulang hingga meningkatkan risiko kerapuhan tulang dikalangan kanak kanak.

3.Kandungan Kafien Yang Tinggi

Minuman ringan ini mengandungi kafien yang sangat tinggi .! tin munuman kola mengandungi kira kira 45 miligram kafein malah ada diantara minuman berkarbonat yang lain mengandungi 100 miligram kopi dimana jumlahnya adalah lebih tinggi berbanding yang terkandung di dalam secawan kopi.

4.Kerosakan Gigi Dan Gusi



Menurut Wiiliam Duffy , Pakar nutrisi dari pusat kajian perubatan Naval , kandungan gula dan asid yang tinggi dalam minuman bersoda ini juga mampu menghakis gusi dan akan menyebabkan gigi mudah rosak dan patah.

5. Risiko Penyakit Buah Pinggang


Bagi mereka yang berusia, 40 tahun keatas , kekerapan minum minuman bikarbonat akan meningkatkan risiko kerosakan buah pinggang kerana organ tersebut perlu bekerja keras untuk menyingkirkan kandugan fosorus yang berlebihan dalam tubuh.

7.Mengandungi Bahan Antasid

Minuman bekarbonat juga sangat tinggi dengan bahan antasid yang boleh mengganggu penghadaman dan akhirnya membawa kepada masalah seperti hipertensi , peninmg kepala , dan rasa loya atau muntah muntah.Menurut Ravi Dhingra , MD Pakar Perubatan Am dari Harvard Medical school , Boston , Massachusetts , kandungan antasid ini tetap sama meskipun di dialam minuman bekarbonat yang diiktiraf sebagai diet soda atau diet cola.

8. Kurangkan fungsi antibakteria.

Minuman ini juga bertindak mengurangkan fungsi antibakteria seperti penilicillin dan ampicillin di dalam tubuh.

9.Menopaus

Minuman ini juga akan mempertingkatkan gejala pra menopaus bagi wanita yang berusia 40 tahun ke atas.

10.Mengurangkan Kewujudan Potasium

Menurut Marcia Zimmerman , pengarang buku The A.D.D Nutrition Solution: Adrug -Free 30 Day Plan , minuman dalm tin juga mengandungi sodium benzoate iaitu sejenis pengawet yang berfungsi untuk mengekalkan rasa (microbial control ) di dalam minuman dan beberapa jenis makanan .Bahan ini akan mengurangkan kewujudan potasium dalam tubuh . Bagi mereka yang alah , bahan ini akan mendedahkan individu tersebut kepada risiko ruam , ekzema atau diserang asma.

11.Risiko Sakit Jantung




satu kajian yang dilakukan oleh Harvard Medical School keatas 6,000 responden yang berusia diantara 25 hingga 30 tahun mendapati bahawa individu yang minum lebih dari satu tin minuman berkarbonat sehari akana terdedah kepada risiko mendapat serangan jantung dan sinndrom metabolik sebanyak 44 %.


5 KANDUNGAN SENTAP MINUMAN BERKARBONAT !

Apa yang ada dalam Air ini?

1) Gula yang Tinggi
2) Pewarna & Perasa Tiruan (Caramel colouring)
3) Garam (Sodium)

Ok - bahan diatas memang dah biasa kita tahu akan menyebabkan Obesiti, Diabetes, Hypertension & Cancer.

Bila minum air bergas :

- Pernah tak rasa perit bila gas naik di hidung?
- Gigi rasa macam ada satu 'selaput'?
- Lidah rasa 'masam-masam'skit & bernau menusuk ke hidung?
- Rasa seolah 'mencucuk-cucuk' di tekak bila minum?

Keadaan diatas disebabkan kandungan :

4) CARBONIC ACID
5) PHOSPHORIC ACID

Kesan kedua-dua asid ini pada tubuh badan:

# Menghakis Enamel Gigi
# Mengakibatkan kebocoran calsium dari tulang - Osteoporosis
# Merosakkan sel-sel buah pinggang
(kandungan Phosphorus yang tinggi)

Untuk pengetahuan anda - PHOSPHORIC ACID - adalah salah satu bahan yang banyak digunakan dalam industri pembuatan Baja, Racun perosak, Bahan Pencuci & Ubat-ubatan.

Ia juga digunakan dalam Industri Steel - sebagai bahan pencuci dan bahan kalis karat !

Huh! Scarry !

Kalu kehabisan pencuci toilet - this is a good alternatives! huhu


Sumber;

1. Majalah Rapi
2. Www.drmalinda.com




0 comments:

Post a Comment