Tuesday, December 23, 2014

Apa itu Power Pumping?

Power Pumping adalah merupakan teknik mengepam yg boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru bayi menyusu secara x langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

Siapa yang perlukan Power Pumping?

1. Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
2. Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
3. Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu – akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.

Macam mana nak buat Power Pumping?

Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam.

Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sbb hormon susu sgt tinggi waktu ni.

Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
MOmies jgn ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dpt hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA…amin.

Bila nak buat PP?
Bila bila masa dimana sahaja. memang pada dasarnya bagu sbuat tengah malam hingga ke pagi sebab hormon prolaktin tengah tinggi tetapi tidak menjadi apa2 jika buat pada waktu lain.Saya buat PP pada waktu lunch di pejabat sambil2 nak solat, nak makan tengahari. Juga dalam perjalanan ke project sites. kan ne tujuan PP ni untuk create more demand.

Jadikan PP amalan
Walaupun pada kebiasaannya PP dibuat bila nampak kemeruduman susu, ia juga boleh diamalkan sebagai rutin untuk sentiasa beri ingatan pada otak yang susu sentiasa diperlukan.Saya jadikan amalan 3 kali seminggu WAJIB! dan juga bila2 masa saya ada waktu senggang sementara tunggu flight/perjalanan ke project sites dan sebagainya.

Susu saya banyak.. perlu ke PP?
Ok alhamdulillah susu banyak, tapai sejauh mana kita tahu susu kita akan sentiasa banyak? Bukankah bagus beringat semasa senang supaya agak senang apabila susah. Jadi.. PP ni buatlah amalan.
mana bagus? .. Pam lama2 atau buat PP sebab bila pam lama susu banyak..
Konsep Demand And Supply menekankan kekerapan mengosongkan breast dengan kerap mengepam atau direct feeding, bukan pam lama2. harus dingat suction pam dengan hisapan anak adalah berbeza.Jadi adalah lebih bagus PP dan menambah sesi pengepaman dari pam berterusan selama sejam.Dikhuatiri akan merosakkan tisu payudara pula..


0 comments:

Post a Comment