Monday, December 8, 2014

Hari ahad yang bermakna !! Kembara GLC ( Groom Leader Circle)

Alhamdulillah..
Hari ini hari isnin.. Seperti biaslah.. diwaktu cuti.. melayan karenah anak2 .. Semua anak2 tengah peringkat nak membesar.. macam2 juga karenahnya.. lagi2 Humayra si budak becok ni.. macam2 benda nak tanya..
macam juga yang boleh bawa bergaduh! hahahai gitulah anak2 ye..

ini lah penglipurlara keluarga kami.. Humayra

Semalam Allah rezkikan saya untuk ikut kelas yang di sediakan oleh leader - leader yang hebat dari group kami.. memang sangat amazing.. saya bawa juga baby Zulaikha.. Beruntung Zulaykha.. kecik2 lagi dah belajar juga ye.. hahahai ada juga ragam Zulaykha ni.. almaklumlah Zulaykha baru 47 hari..

Dalam kelas itu kami diajar bagaimana untuk menjadi seorang yang benar2 hendak menimba ilmu.. kita perlu mengosongkan minda.. hati dan perasaan. Barulah ilmu mudah untuk diserap..

Sesi yang disampaikan oleh Kak Laila


Kelas ini membuka mata saya untuk menjadi seorang SID yang kreatif dan innovatif.Terujanya!! Saya boleh lakukan.. Dengan izin Allah..

Juga diterangkan bagaimana kita boleh set apa yang kita nak.. kita kena tulis.. sebab kita manusia.. mudah lupa .. lepas tu kita tampal kat tempal yang selalu kita nampak. supaya apa yang kita nak itu sentiasa kita usaha kan.. tak le lari dari impian..

Semua nak kan bila apa yang kita usahan didunia ini boleh berpanjangan sehingga mati dan berkekalan.. berbuntang biji mata saya.. mendengar kupasan dari Hafsah Mardhiah..
Hafsah Mardhiah

















Jangan tak tau.. kelas kami ni meriah sangat.. oleh kerana kami ini ibu2 , maka kelas kami juga di hadiri oleh anak2 kecil? inilah, satu2nya kelas yang boleh bawa anak.. bukan sikit2 tau. amat meriah suasananya.. hahhai


Meriahkan?

Wow!! inilah paling yang saya nanti2kan sesi bersama Kak Cery.. dibawahnya ada lebih dari 20 ribu anak buah.. berkat kesabaranya. 4 tahun. sekarang, kemanisan terasa sekarang!!

Percuma sahaja jika lihat kemanisanya sahaja.. belajar bagaimana dia bergolok gadai kesabaran, displin untuk sampai ke tahap ini.. Kata Kak Ceri.. buat je.. just to it.. pedulikan apa orang kata.. Kita apa buat apa yang kita boleh control. just let go apa yang kita tak boleh nak kontrol.

Kak Ceri

Apa yang kita boleh kontrol? Apa yang tak boleh kontrol?kita boleh kontrol diri kita. kita kontrol diri kita supaya istiqamah tahajud,  istiqamah bersedekah, istiqamah berdoa dan istiqamah berdisplin. Yang kita tak boleh kontrol adalah tak boleh nak kontrol orang nak benci kita.. tak boleh nak kontrol orang nak tolak kita, tak boleh nak kontrol orang nak baikot kita.
Jadi, kita dah tahu apa yang kita boleh kontrol kita just buat. yang tak boleh kontrol, let go kan saja..
Betulkan? benda mudah.. je sebenarnya..
Zulaykha , Saya , Kak Ceri

Kak Ceri tak lama dalam program tu.. hanya 2 jam je.. ada janji temu yang lain.. tapi yang pentingnya sempat juga saya ambil gambar dengan beliau..

Okeylah dah panjang berderet ni.. nak siapkan masak tengahari pula ye... sambung nanti..

 Salam Kasih Sayang... Adawiah Nik
  
Hubungi Saya :

FB Adawiah Nik | 013-3426343 (sms/whatsapp/telegram) | Adawiahnik@gmail.com

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
* Jika anda rasa maklumat ini bermanfaat jangan lupa click "google +1" :-)
* COD - Rawang, Selayang,Kuala kubu baru,Gombak, Damansara,Kepong
                 *Pos laju ke SELURUH MALAYSIA



0 comments:

Post a Comment