Soalan: Saya
mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari sebagai anti oksida
selain dikatakan baik untuk kesihatan dan juga kulit. Bagaimana pula
dengan vitamin lain seperti E, beta-karoten, mineral zink yang
seringkali digabungkan bersama?
Jawapan
Tidak dapat dinafikan Vitamin C
mungkin merupakan vitamin paling dikenali dan sememangnya layak untuk
dihargai kerana fungsinya yang pelbagai kepada kesejahteraan tubuh,
termasuklah pemulihan dan pertumbuhan tisu-tisu, mengekalkan kesihatan gusi, menyokong sistem imun dan membantu penyerapan zink.
Ramai yang mengamalkan pengambilan vitamin C setiap hari dalam usaha
merendahkan risiko mendapat serangan jangkitan ringan.Hasil penyelidikan
juga mendapati ia berpotensi mengurangkan tempoh demam selesema dengan menguatkan sistem imun. Bagi kebanyakan wanita pula, pengambilan vitamin C sebagai amalan harian begitu popular untuk kecantikan kerana ia merangsang kesihatan dan kecantikan kulit melalui penghasilan kolagen.Bagi
mereka yang mempunyai masalah jerawat, paras vitamin A juga lebih
rendah dalam plasma dan juga kulit. Ujian menunjukkan kaitan antara
kekurangan paras vitamin A dalam plasma dengan peningkatan jerawat yang
teruk. Mereka yang mengalami masalah jerawat serius mempunyai paras konsentrasi plasma vitamin A dan E lebih rendah.
Keadaan ini berbeza berbanding mereka yang kurang berjerawat atau
mereka yang sihat.Manfaat penting lain hasil daripada pengambilan
vitamin E, termasuklah:
Selain
vitamin E, vitamin C juga banyak digabungkan dengan vitamin penting lain
seperti Beta karoten (pro-vitamin A) dan beberapa mineral lazim seperti
zink dan selenium untuk tindakan anti oksida yang poten.Beta
karoten juga dikenali sebagai pro-vitamin A, yang akan ditukarkan kepada
vitamin A apabila diperlukan. Beta-karoten merupakan anti oksida
berkuasa dan boleh meningkatkan fungsi sistem imun.
Selenium
dianggap sebagai penemuan baru dalam dunia anti oksida. Ia diperlukan
untuk pembentukan enzim gluthathione peroxidase yang berperanan penting
untuk melawan radikal bebas. Selenium membantu mengekalkan mata yang
sihat, kulit, rambut, jantung dan sistem reproduktif, selain mengekalkan
hati agar berfungsi secara optimum.Mereka yang mengalami jerawat terutamanya yang serius mungkin juga kekurangan zink.
Ia juga bermanfaat kepada kulit bermasalah atau jerawat memandangkan ia
diperlukan untuk penyembuhan luka dan mengawal penghasilan minyak
melalui kelenjar minyak.
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM FB: Adawiah Nik
✐ Blog:Adawiahnik@blogspot.com
✉ Email: Adawiahnik@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 013-342 6343
➲ COD Area: Rawang, Kepong, Damansara, Selayang,Sungai Buloh
✉ Email: Adawiahnik@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 013-342 6343
➲ COD Area: Rawang, Kepong, Damansara, Selayang,Sungai Buloh
0 comments:
Post a Comment