Kami sekeluarga selamat sampai di Sri Iskandar. Saya dan anak- anak mengikuti suami untuk mengisi program ceramah maghrib di masjid Universiti Teknologi Petronas.. Kebetulan time cuti sekolah, kami dapat juga jalan jalan dan juga singgah di kampung halaman di belah saya.di Malim Nawar ,Perak. Sangat dekat dengan Universiti Teknologi Petronas ini..
----- <3 ------- <3--------<3
Dengar perkataan jerawat, tiada siapa mahu, ia mendekati kita. Malahan jika ia hanya tumbuh sebutir, cukup membawa malu bagi sesetengah orang, jom kita kaji punca punca jerawat ini.
Jerawat adalah sejenis penyakit yang dianggap kronik di mana ia mengganggu kelenjar yang terdapat di dalam lapisan kulit. Kelenjar-kelenjar ini mengeluarkan minyak atau sebum yang berfungsi untuk meliputi kulit luar muka dan badan kita dan bertindak sebagai pelembap semula jadi pada permukaan kulit manusia. Namun begitu, apabila liang roma pada permukaan kulit anda tersumbat, ini akan membuatkan kulit muka, belakang dan leher ditumbuhi jerawat.
Kenali Punca-punca Jerawat
Secara lebih terperinci, jerawat
membentuk apabila sebum, bakteria dan sel kulit mati tersangkut di dalam
liang roma kulit. Lapisan kulit mati pada tubuh kita juga akan
digugurkan (shedding) setiap hari dan boleh terperangkap dalam liang
roma tersebut. Oleh itu, mari saya terangkan beberapa punca yang boleh
menyebabkan tumbuhnya jerawat pada kulit muka, belakang badan dan juga
kulit leher manusia.
Hormon dan Jerawat
Pada usia remaja, kelenjar sebaceous
mengembang dan mengeluarkan lebih banyak sebum di bawah pengaruh hormon
yang dikenali sebagai hormon androgen. Sebab itu ramai di kalangan
perempuan pada usia remaja dan awal dewasa kerap mengalami masalah
jerawat.
Namun begitu, lama-kelamaan liang sebaceous akan menghasilkan sebum yang semakin berkurangan berbanding pada usia remaja.
Bakteria dan Jerawat
Bakteria yang dikenali dengan namaÂ
Propionibacterium acnes pula adalah salah satu bakteria yang biasa
ditemui dalam sel kulit. Sumber makanannya ialah sebum dan sel-sel mati
pada permukaan kulit. Orang yang berjerawat mempunyai Propionibacterium
acnes yang lebih banyak berbanding dengan kulit orang yang tidak
berjerawat.
Pemakanan dan Jerawat
Walaupun punca jerawat yang disebabkan
oleh diet atau pemakanan tidak dapat dibuktikan dengan jelas serta
secara terperinci, tetapi diet mempunyai kesan langsung terhadap tahap
insulin dalam badan kita. Untuk pengetahuan anda, insulin adalah hormon
terpenting manusia dan boleh mempengaruhi hormon-hormon lain di dalam
tubuh termasuk hormon androgen yang turut menjadi penyebab pertumbuhan
jerawat pada kulit muka, belakang dan leher pesakit.
Stress dan Jerawat
Stress boleh memburukkan lagi simptom
jerawat anda tetapi ia boleh dicegah dengan rawatan jerawat yang betul.
Tahap stress yang tinggi memang mampu memberi kesan ke atas jerawat dan
boleh menyebabkan radang jerawat yang teruk. Selain itu, apabila kita
dalam keadaan stress, adrenalin serta hormon androgen yang ada di dalam
badan akan dikeluarkan dengan berlebihan dan menjadi punca berlakunya
pertumbuhan jerawat.
Alat Solek Dan Jerawat
Sebenarnya alat solek bukanlah punca
jerawat terbesar untuk kulit, tetapi jika anda tidak membersihkan kulit
anda dengan baik selepas memakai alat solek, ia boleh memburukkan lagi
keadaan jerawat pada kulit terutama muka anda.
Matahari Dan Jerawat
Cahaya matahari juga bukanlah penyebab
utama masalah jerawat tetapi haba yang dihasilkan oleh matahari boleh
menyebabkan kulit anda berpeluh dan berminyak sekaligus menyumbatkan
liang roma.
Pakaian Dan Jerawat
Tidak ramai yang mengalami masalah
ditumbuhi jerawat di belakang badan tetapi ia berlaku disebabkan oleh
jenis pakaian yang dipakai terutama dalam iklim tropika seperti di
Malaysia. Belakang badan mempunyai ribuan kelenjar dan liang roma yang
boleh memerangkap sebum. Jangan malas mandi kerana kulit yang bersih
boleh membebaskan anda dari belengu jerawat.
Sebenarnya ini adalah sebahagian sahaja
daripada punca-punca yang boleh menyebabkan kulit anda ditumbuhi
jerawat. Namun begitu, proses pertumbuhan jerawat adalah sangat kompleks
dan dikatakan boleh wujud daripada banyak punca. Saya akan terangkan
punca-punca jerawat dengan lebih lanjut dalam entri-entri yang akan
datang agar anda dapat mengenali punca jerawat yang mungkin anda hidapi.
Ini mungkin, sebahagian dari punca - punca jerawat.sebenarnya terlalu banyak punca jerawat mengikut individu masing- masing. Moga2 sebahagian darinya sudah kita tahu.
Cara menghilangkan jerawat
Sumber: PetuaTradisional.com
1. Rendam sehelai daun sirih di dalam segelas air panas atau di dalam bekas yang sesuai. Tunggu hingga sejuk dan daun layu. Selawat Nabi sebanyak tiga kali dan basuh muka dengan air tersebut. Selepas itu jangan dilapkan, biarkan hingga kering sendiri.
2. Ambil beberapa helai daun jambu biji yang masih muda, bahagian pucuknya. Cuci hingga bersih dan ramas daun tersebut dengan air. Kemudian cuci muka anda dengan air perahan jambu biji tersebut. InsyaAllah, anda dapat lihat hasilnya setelah beberapa hari.
3. Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu ratakan ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.
4. Sediakan campuran bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Selawat pada Nabi tiga kali. Sapukan di tempat jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang.
5. Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
6. Bersihkan muka sehingga bersih. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
7. Sediakan campuran air limau nipis dengan satu sudu minyak masak. Sebelum tidur, sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih, itu hanya sementara. Esok paginya ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas. Setelah sejuk atau suam, basuhlah muka anda dengan air itu. Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda. Kuatkan gosokan anda pada tempat-tempat yang berparut. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah dibasuh dengan air biasa. InsyaAllah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.
8. Sapukan sedikit larutan tepung kanji bercampur air di sekeliling jerawat yang timbul. InsyaAllah ia akan membantutkan pertumbuhan jerawat tanpa sebarang parut.
9. Hilangkan jerawat dengan sebungkus daun teh (masih hijau). Rendam dalam bekas air dan didihkan daun teh tersebut. Kemudian lekatkan ke jerawat.
10. Bancuh satu sudu susu tepung dengan sedikit air. Tempek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.
11. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering dengan sendirinya di muka. Cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari sehingga jerawat berkurangan.
12. Rendam beberapa keping asam gelugur (asam keping) selama satu malam. Tumbuk beberapa helai daun pucuk jambu batu hingga halus. Campurkan kedua-dua bahan dan sapukan pada keseluruhan muka. Amalkan dua kali seminggu.
13. Campurkan putih telur (ayam kampung) bersama satu sudu tepung jagung danminyak zaitun. Gaul rata dan kemudian sapukan ke seluruh muka. Biarkan sehingga kering dan kemudian bilas dengan air suam. Amalan ini elok untuk kulit bermasalah dan boleh membantu mengatasi jerawat. Amalkan dua kali seminggu.
14. Giling segenggam beras bersama segenggam daun inai hingga lumat. Bulat-bulatkan adunan sebesar duit syiling 5 sen dan jemur hingga kering. Simpan dalam bekas kedap udara. Apabila hendak menggunakannya, titis beberapa titik jus limau nipis dan sapukan pada keseluruhan muka dengan menggunakan belahan kentang. Amalkan dua kali seminggu.
15. Asah sedikit kulit kayu manis atau ambil sedikit serbuk kayu manis dan campurkan dengan sedikit madu. Tempelkan ke muka sebelum masuk tidur. Bilas dengan air bersih pada keesokan paginya. Amalkan tiga kali seminggu.
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM FB: Adawiah Nik

Hilangkan jerawat dan parut jerawat dengan Shaklee
Kalau anda berminat nak cuba produk Shaklee untuk membantu mengatasi
masalah jerawat, saya cadangkan kepada anda 5 produk di bawah.
Tak tahu nak pilih mana yang sesuai? Anda boleh hubungi saya untuk
konsultasi bagaimana untuk memilih produk yang sesuai berdasarkan
masalah dan punca jerawat anda. InsyaaAllah, lebih banyak tips akan saya
kongsikan bagaimana untuk mengatasi masalah anda. Shaklee juga
mempunyai produk skincare Enfuselle yang mempunyai cleanser yang sesuai
untuk kulit berminyak dan berjerawat. Info lanjut anda boleh dapatkan
ekslusif dari saya, Adawiah Nik
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut:
✍ PM FB: Adawiah Nik
✐ Blog:Adawiahnik@blogspot.com
✉ Email: Adawiahnik@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 013-342 6343
➲ COD Area: Rawang, Kepong, Damansara, Selayang,Sungai Buloh
✉ Email: Adawiahnik@gmail.com
✆ Call/SMS/WhatsApp/Telegram: 013-342 6343
➲ COD Area: Rawang, Kepong, Damansara, Selayang,Sungai Buloh
0 comments:
Post a Comment