Friday, June 19, 2015

Masjid Cina (Masjid Muhammadiah, Tasek)

Alhamdulillah.. hari ini, hari ke2 ramadhan,
Didoakan pembaca blog ini mendapat rahmat dan keampunan Allah, Juga beroleh kejayaan dan kekayaan..

Hari ini Adda  nak cerita betapa terujanya bila semalam dapat bertarawikh di Masjid Cina di Ipoh.. Sebenarnya Adda tak tau kewujudan masjid ini.

Kebetulan suami ajak saya temankan untuk bertemu rakannya, secara kasarnya mereka ingin berjumpa di Ipoh.Setelah sampai kami minta peta untuk sampai ke tempat pertemuan.
Ini pintu gerbang masuknya.. Betul2 macam terasa di zaman dinasti dulu.
Terasa Maha Besarnya Maha Maharaja.

Wah!! masjid cina?masing - masing teruja.Mudah saja. search Masjid Cina , Tasek Jaya.. sampailah kita..

Sekali pandang, bangunan ini tidak ubah seperti sebuah istana lama yang banyak terdapat di negara China lantaran tertancap motif Cina pada keseluruhan konsep binaannya.



Namun, selepas menjengah seketika struktur dan reka bentuknya, bangunan tersebut sebenarnya merupakan sebuah masjid baharu dikenali sebagai Masjid Muhammadiah atau kini mula popular dengan gelaran Masjid Cina.
Ini ruangan depan dan imam masjid.uniknya!!
Terletak di Taman Tasek Jaya di sini, masjid ini menjadi tarikan warga Ipoh khususnya,dan masyarakat Malaysia.
Keunikan struktur bangunan ini dapat dilihat melalui keseluruhan binaan termasuk reka bentuk pada bahagian bumbung dan menara yang dihiasi motif Cina, namun disesuaikan dengan budaya tempatan.
Tiang juga dicat dengan warna merah, warna yang sinonim dengan masyarakat cina.

Bumbung dan menara masjid itu menggunakan bunga kebangsaan iaitu bunga raya bagi menggantikan elemen bunga teratai selain gambar naga yang cukup sinonim dengan budaya masyarakat Cina.

Jemaah terawikh tekun dengar ceramah.Ini terawikh hari pertama.Sempat ustaz beri ceramah.

Ruangan atas tempat solat muslimah.
Masjid yang menggunakan prinsip geometri itu turut menggunakan mainan warna yang akrab dengan masyarakat Cina iaitu merah, putih dan hijau sebagai latar warna bangunan berkenaan.
Gambar dari luar bahagian tempat solat lelaki
Amacam?Best kan? mesti kalian terasa nak pergi juga kan?Cadangannya Adda sekeluarga nak solat Aidilfitri tahun ini disini.Apa pun bergantung pada jadual encik suami dan ketentuan Ilahi.


salam kasih sayang,
Adda,


Pengedar sah Shaklee,
No id 945192,
0133426343


0 comments:

Post a Comment