Saya doakan anda mendapat rahmat Allah dan di beri rezki yang luas!
Amiiin..
Hari ini saya berpeluang mengikuti aktiviti luar sekolah, Tadika Little Ones.Rawang.Kali ini aktivitinya menarik sangat " Simulasi Haji Cilik" Si Cilik Cerdik Haji.Aktivitinya dibuat di Masjid Negeri Selangor,Shah Alam.Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.
Bermula jam 7.30 pagi semua anak anak tadika yang terlibat diminta berkumpul di Tadika.Saya dan family follow dari belakang bas sahaja.
Mereka tiba di masjid sekitar jam 8.45 .Memulakan aktiviti jam 9.30 pagi.Dan Berakhir jam 1.15 tengahari.Sebelum azan zuhur.
Jom saksikan aktiviti yang di jalankan.Biarkan gambar berbicara!!
Dapat beg sandang.Untuk letak dokumen dan barang keperluan. |
Bergambar sebelum memulakan perjalanan |
Apalah yang dibincangkan tu?Serius betul muka .Pastinya mereka semua tidak sabar. |
Beratur sebelum menaiki bas |
Dah sampai, Baru turun dari bas. |
Antara dukumen yang diisi dalam beg sandang.Tiket penerbangan. |
Antara dokumen yang terdapat dalam beg sandang.Borang cop . |
Tempat letak rambut yang telah di potong. |
Ketika sesi melomtar jumrah. |
Beratur sebelum Aktiviti Simulasi haji di jalankan. |
Inilah rupa replika kaabah yang akan digunakan untuk tawaf. |
Ketika sesi tawaf dijalankan. |
Ibu peserta sedang di wawancara oleh tv3. |
Mudahan dengan adanya aktiviti seperti ini menambah rasa keinginan mereka untuk menunaikan perintah Allah yang ke lima itu.Bertambahlah rasa cintakan Allah.Amiiin ya robbal alamin..
Salam sayang,
AdawiahNik Supermom
Shaklee dihatiku
0133426343.
Rawang.
0 comments:
Post a Comment